Rabu, 12 Mac 2014

Ditulis pada hari Rabu, 12 Mac 2014 2 comments
Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah mulai tahun ini. 

Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. 

Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Guru menunggu kehadiran pelajar di pintu pagar..mengalu-akukan kehadiran mereka dengan senyuman dan bertanya khabar

Dan guru memberikan saguhati kepada murid yang paling awal datang ke sekolah


Categories:

2 comments: