Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2016

Sejak VLE menjadi viral di sekolah saya, ramai guru-guru yang membawa laptop ke mana sahaja mereka pergi, ke kelas, kantin, perpustakaan dan lain-lain tempat. Ini adalah kerana nama guru yang tidak pernah log in atau jarang masuk VLE akan disenarai pendekkan oleh admin atas permintaan pengetua.

Sebagai admin, pelbagai rungutan yang saya dengar. Saya akui dengan bebanan tugas guru yang sedia ada, adakalanya kita 'tak cukup tangan' untuk melayan perkara-perkara tersebut. Ada cikgu yang baru habis pantang, ada yang tak sihat, ada yang sibuk melayan kerenah anak-anak yang masih kecil dan macam-macam lagi kekangan.

Saya sempat cuit rakan saya yang baru masuk bertugas lepas habis pantang semasa di kantin tadi. Namanya 'naik' kerana belum pernah log in VLE. Saya faham bagaimana sibuknya orang yang ada baby baru.

Saya cadangkan padanya supaya log in guna telefon bimbit. Beliau merenung saya..."boleh guna hp ke kak?" saya cuma tersenyum sambil minta hp beliau. Selepas memasukkan ID dan password VLE pun terpapar pada telefon bimbitnya. Punya gembira sahabat saya ni.

Walaubagaimana pun bukan semua perkara kita boleh buat dengan hp ni. Di antaranya ialah:
1) Muat naik gambar pada timeline. Boleh tag pada kawan dan murid
2)Boleh lihat dasboard sekolah.Jika ada berita terkini kita tak ketinggalan.
3) Boleh buka dashboard admin
4) Boleh komen pada forum
5) Boleh buka site
6) Boleh lihat frogstore

Jadilah kan....daripada kita asyik kena kejar oleh admin kerana tak log in...sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Selamat mencuba.

buka menggunakan chrome. taip alamat /link vle sekolah

jika keluar paparan seperti di atas, jangan panik...hanya perlu rotate skrin anda jadi seperti di bawah..

kemudian, tegakkan semula skrin...maka terpaparlah laman utama vle 

boleh guna quick lunch

boleh masukkan gambar dan tag kawan atau murid

boleh lihat site

boleh chatting dalam forum

10:20 PG akumann2803

Jumaat, 25 Mac 2016

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. 

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G)

9:24 PTG akumann2803

Khamis, 12 November 2015

Aktiviti Pasca PT3

Sebenarnya selepas murid tingkatan 3 selesai menduduki peperiksaan PT3, setiap hari ada aktiviti yang telah dijadualkaan untuk mengisi masa mereka seperti petmainan indoor, outdoor, gotong royong, lawatan sambil belajar , demo masakan, pertandingan membuat sandwich dan banyak lagi.

Ini adalah salah satu daripada banyak aktiviti mereka. Projek membuat popia basah yang diketuai oleh sahabat saya, Cikgu Norhapizah bt Harun. Saya cuma tolong-tolong je. 

Mari kita lihat bahan-bahannya :

sayur-sayuran yang dicelur.

Kulit popia home made

Sos popia home made
sos cili,kicap pekat, udang kering dikisar, cili padi ditumbuk halus, sedikit tepung gandum, gula dan garam secukup rasa

Hehe...tukang rasa ni

Fokus...fokus...fokus

Tadaaa...taburkan kacang tanah dan bawang goreng...

zoom dekat sikit. ini belum tabur bawang goreng dan kacang tanah

Dah siap

potongan rentas...

emmm...sedapnya

amboi...terlajak sedap tu nampaknya

1:17 PTG akumann2803

Rabu, 13 Mei 2015

🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿

SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  🌷

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...

🌹Selamat hari guru buat rakan - rakan  guru.🌹

8:49 PG akumann2803