Jumaat, 18 Oktober 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 18 Oktober 2013 4 comments

   Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.

Mina terletak dalam kawasan Tanah Haram antara Mekah dan Muzdalifah. Terletak 7 km dari Muzdalifah dan 4 km dari Masjidil Haram. 

Tempat ini dinamakan Mina kerana disinilah banyak darah korban ditumpahkan. Ia juga bermaksud tempat manusia berkumpul kerana di sini tempat berkumpulnya jemaah haji.

Mina juga bermaksud harapan atau cita-cita. Dinamakan Mina kerana terdapat kisah ketika Malaikat Jibrail as mahu berpisah dengan Nabi Allah Ibrahim as. Jibrail telah bertanya kepada Nabi Ibrahim tentang perkara yang dihajatinya, lalu dijawab Nabi Allah Ibrahim, "Aku mengharapkan syurga."

Banyak kenangan dan pengalaman yang diambil di bumi Mina ini...nilai kesabaran,  tolak ansur, kerjasama,timbang rasa pengorbanan dan kasih sayang..dll...semuanya menjadi satu demi menggapai mardhatillah....


Beginilah suasana di dalam khemah di Mina semasa menunggu waktu solat. Suasana di dalamnya lebih selesa sedikit berbanding di Arafah kerana ada penghawa dingin dan khemah yg lebih rapat. Namun pengalaman di bilik air di Mina cukup memberikan pengajaran. Jangan mementingkan diri sendiri!!!!

Ada yang tergamak mandi dan membasuh pakaian di saat orang yang menunggu di luar menahan nak buang air kecil dan besar... subhanallah. ....walhal kami langsung tidak mandi dalam tempoh 5 hari! Syukur kerana kami mampu mengharungi cabaran dan pengorbanan itu dengan penuh kesabaran. 
Apa jua keadaannya. ...kami berjaya membina jalinan ukhuwah antara dua negeri berlainan budaya... Kelantan dan Selangor. Terima kasih Allah.  Syukur ya Allah... alhamdulillh

Ini pula gambar di luar kawasan khemah. Tempat "santai minda" selepas balik melontar. 

Kisah seterusnya ialah kisah melontar******

4 comments:

  1. seronoknya..dah setel semuakan..MIL zila kol td dah habis semua yang rukun..MIL zila KT37..

    BalasPadam
  2. Lambaikan kami di sini Syid agar menjejaki langkahmu di sana...

    BalasPadam