Khamis, 17 Oktober 2013

Ditulis pada hari Khamis, 17 Oktober 2013 7 comments


Definisi: Berada di bumi Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) hari tersebut.

Sebaik-baiknya berada sepanjang malam dalam tempoh tersebut. Namun memadai walau berada seketika sahaja.

Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas melintasinya.

AMALAN SUNAT KETIKA MABIT DI MUZDALIFAH

1.         Apabila terbenam matahari 9 Zulhijjah (masuk waktu Maghrib), jemaah haji bolehlah meninggalkan Arafah tanpa menunaikan solat Maghrib di samping memperbanyakkan zikir dan talbiah.

2.         Bergerak ke arah Muzdalifah dalam keadaan tenang sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Elakkan daripada berasak-asak dengan orang ramai dan jangan menyakiti mereka.

3.         Apabila tiba di Muzdalifah, hendaklah segera menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Ia boleh dilakukan secara jamak ta’khir dengan sekali azan dan dua iqamah. Tidak disunatkan menunaikan sebarang solat sunat.

4.         Mengutip tujuh (7) biji anak batu untuk melontar di Jamrah Kubra pada keesokan harinya (10 Zulhijjah).

5.         Sunat mabit di Muzdalifah sehingga terbit fajar (masuk waktu Subuh). Kemudian menunaikan solat Subuh pada awal waktunya.

6.         Terus berada di Muzdalifah sehingga langit semakin cerah. Dalam masa yang sama, seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh berzikir dan berdoa kepada Allah swt. Setelah itu hendaklah ia terus bertolak ke Mina.

7.         Menurut sunnah, jemaah haji hendaklah sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanannya ke Mina dan berhenti bertalbiah apabila mula melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.

8.         Bagi jemaah haji yang terus menuju ke Makkah, hendaklah berhenti dari bertalbiah apabila memulakan tawaf.

 
JEMAAH HAJI YANG DIKECUALIKAN DARIPADA MABIT DI MUZDALIFAH TANPA DIKENAKAN DAM DAN TIDAK BERDOSA

Meninggalkan mabit di Muzdalifah tanpa uzur syar’ie adalah berdosa dan dikenakan dam (Tertib dan Takdir). Terdapat beberapa golongan yang dikecualikan daripada mabit di Muzdalifah tanpa dikenakan dam dan tidak berdosa.

Antaranya ialah:

1.         Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya sama ada pada nyawa, anggota tubuh badan, maruah atau hartanya walaupun sedikit.

2.         Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit.

3.         Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang.

4.         Seseorang yang menghidap penyakit yang susah baginya untuk mabit di Muzdalifah.

5.         Seseorang yang sibuk melaksanakan wukuf di Arafah sehingga masuk waktu Subuh kerana lewat tiba di sana.

6.         Seseorang yang menunggu bas di Arafah hingga larut malam atau Subuh dan bas yang ditunggu tidak tiba.

7.         Jemaah Haji yang terus ke Makkah dari Arafah untuk melaksanakan Tawaf dan Sa’ie Haji (jika sa’ie belum dilakukan selepas Tawaf Qudum) dan mereka tidak berkesempatan untuk balik mabit di Muzdalifah.

8.         Jemaah haji yang dibawa oleh bas terus ke Mina atau Makkah tanpa bermabit di Muzdalifah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

9.         Bas yang membawa jemaah haji terhalang daripada memasuki Muzdalifah.Petugas-petugas yang diarahkan menguruskan kebajikan jemaah haji.


Sumber : www.cworksmobile.com

Kami bergerak dari pada padang Arafah menuju ke Muzdalifah dalam jam 7 mlm selepas solat maghrib dan Isyak secara jamak taqdim..selepas bersabar menunggu giliran menaiki bas. 

Sampai di Muzdalifah kami mengutip batu. Agak sukar juga kerana kawasan kami adalah kawasan ber pasir.  Maka aktiviti mengorek pasir pun bermula....

Selepas itu. ...masing2 keletihan selepas berwukuf di Padang Arafah. .maka rebahkan je badan di atas pasir yang berbatu berbumbungkan langit...syukur dapat juga melelapkan mata....hinggalah jam 3 pagi barulah giliran bas kami ke Mina sampai....

Kisah seterusnya kisah di Mina.......

Pengalaman Mabit di Muzdalifah. Satu pengalaman yang cukup indah dan bermakna.

7 comments:

  1. untung kan dapat rasa pengalaman macam nie

    BalasPadam
  2. Kalau boleh diceritakan mungkin ada kisah2 nabi berkaitan bermalam di muzdalifah ni & ibadah2 lain semasa haji. Lagi menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seri selasih...sy tak pandai bercerita. Hy pengalaman sendiri shj. Lg pun tiada ms khas utk itu...hy mencuri sedikit ms sblum tidur...semakin hmpir ms ingin pulang ke msia semakin syg ingin meningglkn Masjidil Haram

      Padam
  3. Alhamdulillah ..mencabar ni kak tp bahagia

    BalasPadam
  4. salam, betapa nikmatnya yang dikurniakan Allah dapat "melelapkan mata" di padang muzdalifah, hanya beralaskan alas plastic sebesar 2x4 kaki sahaja.

    BalasPadam