Isnin, 21 Oktober 2013

Ditulis pada hari Isnin, 21 Oktober 2013 4 comments


 WAJIB HAJI - MELONTAR JAMRAH PADA 11, 12, 13 ZULHIJJAH (HARI-HARI TASYRIQ)
 
  
11 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ PERTAMA)
 
Urutan: Jamratul Ula
    Jamratul Wusta
    Jamratul Aqabah
     
Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah
   
Waktu Haram: Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

 
 
12 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ KEDUA) - NAFAR AWAL
 
Urutan: Jamratul Ula
    Jamratul Wusta
    Jamratul Aqabah
     
Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah
   
Waktu Haram: Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
 
 
 
 13 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ KETIGA) - NAFAR THANI
 
Urutan: Jamratul Ula
    Jamratul Wusta
    Jamratul Aqabah
     
Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
   
Waktu Haram: Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
 
 
 
   SYARAT-SYARAT MELONTAR
 
    1) Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah

    2 )Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah

    3)Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain

    4)Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya

    5)Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin

    6)Hendaklah Melontar dengan gaya melontar

  7)Hendaklah Melontar dengan tangan

    8)Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk hari ke-12

    9)Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri.

dum

 Sumber : www.zakatsel.com

4 comments:

  1. alhamdullilah ada pengalaman macam nie

    BalasPadam
  2. Ya Allah indahnya tempat tu..teringin sangat nak pergi.. :(

    BalasPadam
  3. Teruskan berdoa dan tanam azam dlm diri. Insyallah akan sampai nanti

    BalasPadam