Rabu, 31 Julai 2013

Ditulis pada hari Rabu, 31 Julai 2013 2 comments
Melihat buah 'anggur Malaysia' ini bergantungan di pokoknya membuatkan saya berfikir untuk masak menu yang boleh menggunakannya.

Ini sebahagian daripada bahan-bahannya

Kita masak :
 Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan - bahannya ialah :

10 biji cili padi - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih -dikisar
1 cm kunyit - dikisar
1 batang serai- dititik
2 cawan santan
1/2 kg udang
6 biji belimbing buluh

Cara - cara membuatnya :

1) Masukkan semua bahan kisar, santan cair, belimbing buluh dan serai dalam periuk dan tunggu mendidih. 

2) Kecilkan api,  masukkan udang, santan pekat dan garam secukup rasa.

Tadaaa...dah siap! 

Categories: ,

2 comments:

  1. Wah.. Teringat kt kg..huhu.. Buah ni smpai terbuang2 buah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal. .bg org pun..Semua dh ada. ..tu yg cuba dipelbagaikan

      Padam