Melihat buah 'anggur Malaysia' ini bergantungan di pokoknya membuatkan saya berfikir untuk masak menu yang boleh menggunakannya.
Ini sebahagian daripada bahan-bahannya
Kita masak :
Udang Masak Lemak Cili Padi
Bahan - bahannya ialah :
10 biji cili padi - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang putih -dikisar
1 cm kunyit - dikisar
1 batang serai- dititik
2 cawan santan
1/2 kg udang
6 biji belimbing buluh
Cara - cara membuatnya :
1) Masukkan semua bahan kisar, santan cair, belimbing buluh dan serai dalam periuk dan tunggu mendidih.
2) Kecilkan api, masukkan udang, santan pekat dan garam secukup rasa.
Tadaaa...dah siap!
Wah.. Teringat kt kg..huhu.. Buah ni smpai terbuang2 buah ni...
BalasPadamTu la pasal. .bg org pun..Semua dh ada. ..tu yg cuba dipelbagaikan
Padam