Rabu, 10 Julai 2013

Ditulis pada hari Rabu, 10 Julai 2013 6 comments
Hari pertama Ramadhan. Menu apa yang menjadi pilihan anda? Hari ini suteraUngu masak sotong sumbat istimewa.


Resepi diambil dari Facebook rakan. Cuba diaplikasi di dapur...inilah hasilnya. ..


Untuk itu mari kita semak bahan yang diperlukan untuk masak menu ini...

Bahan - bahannya :

5 ekor sotong saiz besar

Bahan A (dikisar halus )
1biji bawang besar
2 biji bawang putih
2biji cili merah
5 biji cili padi
1 inci kunyit
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Bahan B

100 gram isi ikan (dalam 3-4 ekor ikan kembong)
Daun kunyit dimayang halus
1 biji telur

Bahan C (kuah)

Minyak untuk menumis
3 sudu dari bahan A
50ml santan
100ml air
Gula dan garam secukup rasa

Cara - cara membuatnya :

1) Kisar bahan A dan asing kan 3 sudu untuk menumis
2) bahan A yang lebih gaul dengan bahan B
3) Sumbatkan dalam sotong dan cucuk dengan lidi
4) kukus dalam 5 minit
5) Tumiskan bahan C dan tuang diatas sotong.
Categories: , , ,

6 comments: