Khamis, 11 Julai 2013

Ditulis pada hari Khamis, 11 Julai 2013 4 comments
Ramadhan yang ke2....
Syukur menu semalam (Ramadhan yang pertama) berjaya dan tiada berlaku pembaziran..

Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.”

Untuk itu saya harus pandai memilih menu yang digemari seisi keluarga agar dapat mengelakkan pembaziran (hehe...macam la ramai sangat bila sebut seisi keluarga tu....)

Menu pilihan untuk hari ke 2 ini ialah :

ROTI JALA & KUAH KARI

Awal lagi...aiman dah buat permintaan nak makan dengan susu...memandangkan usianya baru 5 tahun, saya tidak bercadang untuk mendesak dia supaya puasa sampai Maghrib. ...

Bahan - bahannya ialah :

 Tepung gandum -3 cawan
Telur -1 biji
Air (agak2. ..hehe. .)
Minyak - 2 sudu
Garam- secubit
Kunyit - secubit


Saya sedang menebar jala...hantam sajalah labu. ...pusing kanan pusing kiri...lipat2...jadi...hahaha. .mudah aje

Kari ikan tongkol. Makan dengan roti jala juga untuk lauk makan dengan nasi...jimat masa. ..

#ini entri tertunggak

Categories: , ,

4 comments:

  1. Balasan
    1. Bestnya nurzakiah. ..u rajin komen blog akk. I like

      Padam
  2. assalam,

    oo tak payah masuk santan yer..? ..suka makan tapi tak pandai menebar...

    BalasPadam