Khamis, 11 Julai 2013

Ditulis pada hari Khamis, 11 Julai 2013 4 comments
Cekodok bilis ini saya buat 3 hari sebelum menjelang bulan Ramadhan... kisah bermula bila 'bakul makanan' saya tertinggal semasa balik kampung Sg Dusun.

Syukur dalam peti sejuk (beku..) ada tepung dan ikan bilis...sementara di dalam gobok ada minyak ...gula dan garam pun ada...oh...boleh buat sesuatu ni hati saya berkata. .walaupun tanpa bawang, daun kucai dll
.
Saya mencipta Resepi baru...cekodok bilis

3 cawan tepung
 1 sudu kecil gula
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
Air ( agak2 je )

 *Masukkan adunan dalam senduk dan taburkan ikan bilis di atasnya...

 *goreng hingga rangup

 Saya makan bersama pucuk ubi rebus, timun dan kuah pecal...

 Suai pada menu yang menjadi. ...ramai yang sukakannya. .. Cubalah....
Categories: , ,

4 comments: