Jumaat, 12 Julai 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 12 Julai 2013 2 comments
Bulan Ramadhan ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersedekah dengan cara lebihkan sedikit masakan kita dan hulur kan lah pada jiran tetangga kerana sedekah mempunyai kehebatan yang tersendiri :

1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama dengan jaminan syurga.

2. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.

Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita bisa menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah

3. Bersedekah di bulan Ramadhan lebih dimudahkan.

Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah bahwa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah.

Hari ke3 Ramadhan. Menu pilihan ialah nasi ayam..Resepi untuk nasi dan ayam telah disiarkan dalam entri terdahulu "Nasi Ayam Maksu"

Saya sering mencari persamaan dalam menentukan sesuatu menu untuk menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran. .

Tauhu sumbat... persamaan dengan nasi ayam ialah Sos Masam Manisnya...ayam pada nasi ayam dan tauhu sumbat boleh dicicah dengan sos ysng sama.. Jadi ianya dapat memudahkan kerja saya. 

Inilah Sos Masam Manis yang dimaksudkan. (Paparan visual kurang memuaskan)

Cara membuatnya :

**3 senduk Cili kisar
**3 biji bawang putih
**5 sudu cuka
**1 keping gula melaka
**3 sudu gula putih
**1 sudu teh garam
**1 cawan air

#Masukkan semua bahan dalam periuk...letak atas api sederhana sehibgga mendidih dan pekat...mudah dan sedap

Selamat mencuba ♡
Categories: , ,

2 comments:

  1. Wah..sedapnya menu2 tu. Tetibe teringin nak makan masa berbuka nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sdp ainim...silalah cuba..hihi

      Padam