Isnin, 15 April 2013

Ditulis pada hari Isnin, 15 April 2013 2 comments


Salam ukhuwah buat semua pembaca blog sutera ungu... Di saat demam pilihan raya yang kian memuncak,di saat fitnah dan keji nista berleluasa... di saat kita telah menggunakan segala usaha  dengan seluruh tenaga,jiwa dan raga untuk mencari keredhaanMu ya Allah...marilah kita pulangkan semuanya kepada Yang Maha Esa...mohon semoga rintih doa kita dimaqbulkan Allah.. inilah senjata buat insan bergelar mukmin....

Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang salih dan alim ulama’ sejak dahulu lagi. Ibadat khas sama ada wajib atau sunat semuanya bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dari Allah.S.W.T sebagai bukti bahawa ternyata Allah memerintahkan hamba-Nya untuk melakukan ibadat tersebut.


*KELEBIHAN QIAMULLAIL

Doa mudah dimakbulkan.

Mendapat ketenangan jiwa.

Dimurahkan rezeki.

Dihormati masyarakat

Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
..
Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani

Dan lain-lain kebaikan kurniaan Allah.


WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling afdal (utama) ialah sepertiga malam .

Pengisian Qiamullail.

Qiamullail boleh dimulakan sebaik sahaja selepas solat isyak kecuali solat sunattahajjud dikehendaki atau digalakkan tidur terlebih dahulu.

Di antara aktiviti pengisiannya;

(1) Solat sunat tasbih

(2) Solat sunat Taubat.

(3) Solat sunat Tahajjud*

(4) Solat sunat Istikharah.

(5) Solat sunat Hajat.

(6) Dan solat sunat yang lain.

(7) Solat sunat witir.( Penutup solat sunat )



*..Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim).



Semua solat sunat itu ditutup dengan solat Sunat Witir ( Witri ), sekurang-kurang tiga rakaat dengan cara bersolat dua rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga rakaat dengan dua salam )

Selepas solat tersebut sementara menunggu waktu Subuh eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca al.Quran.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT

• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian

• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah

( cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

اصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالي

Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat :

1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

1. Baca doa iftitah

2. Baca Al Fatihah

3. Baca Surah Al Kafirun 1 kali

4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

2. Pada Rakaat Kedua

1. Baca Al Fatihah

2. Baca Surah Al Ikhlas

3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

4. Membaca Tahiyat Akhir

3. Memberi Salam

4. Berdoa selepas memberi salam :

1. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.

2. Setelah itu kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

Categories: ,

2 comments:

  1. sambil pasangbendera tgh mlam..makmurkan sekali masjid buat qiamullail

    BalasPadam
  2. Betul tu ain....setelah berusaha..berdoalah...

    BalasPadam