Jumaat, 12 April 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 12 April 2013 4 comments

Salam penghulu segala hari...walaupun sudah gelincir matahari...tapi  ia masih di panggil hari Jumaat.

Demam pilihan raya sudah bermula...Sana sini kita lihat perang bendera. Masing2 ingin menaikkan bendera parti masing2.  Ini bererti pilihan raya sudah hampir.

Untuk itu di sini saya kongsikan tips memilih pemimpin sebagaiman yang dituntut dalam islam.


1) TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:

“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



2) PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua situasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya.

Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai.

 SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.



3) PILIHLAH PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al a'la



4) MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”

Hadis sahih Muslim

Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.

OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DEREDAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.

Selamat Mengundi



Sumber : http://akhisalman.blogspot.com/











Categories: ,

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini. Tahniah kerana info-info seperti inilah yang pembaca inginkan menjelang pilihanraya akn dtg..:)- Selamat Mengundi!

    BalasPadam