Selasa, 16 April 2013

Ditulis pada hari Selasa, 16 April 2013 No comments
Salam ukhuwah fillah buat semua pembaca blog sutera ungu.. entri ini berkaitan dengan Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid bagi LELAKI. Sumber asal daripada : http://coretankehidupan69.blogspot.com/2012/04/kelebihan-solat-berjemaah.html?m=1

Di saat demam pilihan raya kian memuncak..marilah kita rapatkan saff...membina kekuatan ukhuwah dan kepimpinan dengan solat berjemaah. Tadahkan tangan memohon doa agar Islam dimartabatkan...agar islam dapat dilaksanakan...

Solat fardu berjemaah bagi LELAKI dan sangat dituntut adalah 27 kali  lebih baik daripada solat bersendirian di rumah. Andaikata pahala itu diumpamakan sebagai wang ringgit,  cuba bandingkan bagi sesiapa yang solat fardhu sendirian  dirumah, dia hanya mendapat  RM1 pada setiap waktu,  sehari semalam baru dapat RM5,.. dan sesiapa yang solat fardhu berjemaah di masjid dan surau pula akan mendapat RM 27 untuk setiap satu waktu. Dalam sehari semalam dapat RM 135. Hah..! .yang mana lebih menguntungkan. Alamatnya berduyun-duyunlah orang akan pergi  ke masjid dan surau, siapa pun tak nak terlepas peluang merebut wang ganjaran yang cukup lumayan itu. Bukan itu saja.....


Apabila seseorang itu berwudhuk dengan sempurna ( di tempatnya/ rumahnya) dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka SETIAP LANGKAHNYA MENDAPAT PAHALA dan MENGHAPUSKAN DOSA.”
(Bukhari)

Setiap langkah kita ke masjid akan dibayar RM1..ditambah lagi dengan BONUS iaitu dosa dihapuskan,  kalau 100 langkah...macamana..?? Subhanallah...walaupun org sekarang ramai yang datang ke rumah Allah naik basikal, motosikal, atau kereta, tak perlulah dipertikaikan bagaimanakah kaedah pengiraan pahala tersebut dibuat. Itu urusan Allah swt, biarlah DIA yang menentukannya....Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Tolong ambil PERHATIAN....

     “Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya ( di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”
    (Abu Daud & Ibnu Majah)



Ada seorang buta datang mendapatkan Nabi S.A.W, katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dipohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “Apakah engkau dengar panggilan azan?” Jawabnya: “Ya.” Maka sabda baginda: “Kalau begitu, datanglah!”
(Muslim)


Maksudnya si buta ini pun tak terkecuali  selagi AZAN masih boleh didengari,  dia kena juga datang. Bagaimana pula dengan kita yang celik ni? Mata yang Allah kurniakan kita persia-siakan, buat tak nampak je masjid yang tersergam indah di depan mata.., bila azan berkumandang kita sengaja PEKAKKAN  telinga ...lebih parah kita sanggup beri 1001 alasan kerana MALAS dan terasa berat sangat  kaki hendak melangkah  solat berjemaah dimasjid atau surau..,terutamanya ISYAK dan SUBUH, padahal  ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya,




Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

    “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

     Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)



Berbeza pula dengan kaum wanita,  mereka  tidak perlu ke masjid kecuali untuk menuntut ilmu. Afdhal bagi mereka sembahyang di rumah dan pahalanya sama seperti lelaki yang sembahyang di masjid. Lebih afhal bagi perempuan sembahyang di dalam bilik yang sepi dan tersembunyi seperti sabda Rasulullah s.a.w. ;-

      “Seorang wanita bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat di halamannya, dan solat di dalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud] 

Malahan bagi perempuan yang sudah berkahwin, jika suaminya pergi ke masjid untuk solat berjemaah, dia juga dapat separuh daripada pahala suaminya...Allahuakbar..,
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud: 

    “Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.” 



Maka rugilah bagi mereka yang mempunyai kesempatan dan kelapangan tetapi tidak berbuat demikian. Oleh kerana pahala dan ganjaran Allah tidak nampak, kita pun meringan-ringankan sembahyang berjemaah ini.

Oleh itu bersegeralah ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu berjemaah setiap waktu. Tak payah tunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam tertentu Ramadan baru nak  ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan biarkan kita dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat.





Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan