Hari ini kita menuai hasilnya. Ada yang tersenyum..ada yang menangis..ada yang terkedu tidak terkata.. apa jua keputusan yang diterima hendaklah kita bersyukur. Itulah rezeki yang telah Allah tentukan buat kita hasil dari usaha kita. Firman Allah swt di dalam al quran "Lain syakartum la azudannakum" yang bermaksud "jika kamu bersyukur Aku akan tambah lagi" bermaksud jika kita bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi banyak atau pun sedikit..Allah swt akan tambah lagi rezeki kita..
Bagi saya pula dalam debaran menanti keputusan terutamanya mata pelajaran saya (Bahasa Arab) saya kena menghadiri mesyuarat. Jadi agak ketinggalan menyaksikan anak anak didik saya mengambil keputusan.
Yang pasti yang setia menanti saya ialah si cilik pelajar terbaik 9A Nor Syahira Azlyn..yang lain belum nampak. Saya kurang pasti dah datang atau belum..Tahniah..ada juga wakil 9A dari Smk Sg Besar. Jumlah yang dapat semua A dalam subjek yang diambil ialah 14 orang..
Sementara mata pelajaran Bahasa Arab masih mengekalkan 100% tahun yang ke9 cuma gred puratanya sedikit merosot. Tahun lepas 1.5 tahun ini 1.7..syukur..semoga menjadi pencetus semangat untuk saya bekerja dan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun 2013.
0 comments:
Catat Ulasan