Selasa, 18 Disember 2012

Ditulis pada hari Selasa, 18 Disember 2012 No comments

Siapa pernah minum susu Juhaynah? Atau yogurt dan jus buah buahan jenama Juhaynah. Saya rasa jenama ini paling terkenal di Mesir dengan rasanya yang sedap dan segar. Tapi dululah sekitar tahun 90an semasa saya berada di sana. Saya kurang pasti sama ada jenama Juhayna ini masih popular atau sudah ada jenama lain yang mendominasi pasaran. Cuma baru baru ini semasa saya melayari internet, saya terlihat di belakang jersy pemain bola sepak Mesir tertulis perkataan Juhaynah..wah..bermakna jenama Juhaynah semakin menyerlah di Mesir kerana menjadi penaja jersy pemain bolasepak mereka.

Sebenarnya...semasa membeli susu dan yogurt semalam...(seperti biasala...) saya terimbau kenangan di Alexandria dulu. Rindukan rasa susu, yogurt dan jus buah buahan yang sedap sama seperti jenama Juhaynah....emmm tak habis habis dengan rindu di Alexandria Egypt.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan