Sabtu, 3 November 2012

Ditulis pada hari Sabtu, 3 November 2012 No comments
Kami sudah berada di Sg Dusun....aktiviti pertama bila samoai sini ialah masak..emmmmm...nak masak apa ye...mula mula semak bahan bahan yang ada...dah lama tak masak mee udang, so entri kali ini kita nasak mee udang dari Sg Dusun....
Ini resepi kuah mee udang...tapi disebabkan daging korban ada sikit lagi dalam peti sejuk, saya tambahkan juga didalam kuah ini..oh....lagi sedap rupanya....untuk itu kuahnya perlu ditukar nama mee Dadang (daging dan udang) atau mee Uging (udang dan daging) tapi kuah yang sebenar yang biasa saya buat ialah seperti di bawah ini :
1) Bawang merah,bawang putih, halia dan udang kerpai (yang halus halus tu...)dikisar *
2) Keledek direbus dan dikisar
3) cili kering dikisar*
4) 3 sudu serbuk kari*
5) udang basah
6) gula, garam dan asam
7) tumis bahan yang bertanda *, tambah air, keledek, udang
Selamat mencuba :-)


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan