Buat renungan saudara seislamku juga buat diri ini yang sering alpa...
1) Apabila mendengar AZAN , tunaikanlah SOLAT dengan segera walaubagaimana keadaanmu sekalipun...
2) Bacalah AL QURAN...lakukanlah pengkajian, hadirlah majlis majlis ilmu, amalkanlah zikrullah...janganlah buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB keranacbahasa arab yang betul itu merupakan syiar islam
4) Janganlah BERTENGKAR dalam apa keadaan sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada membawa apa apa kebaikan.
5) Jangan banyak KETAWA kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram
6) Jangan banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam satu perkara
7) Janganlah bercakap lebih NYARING dari keperluan kerana becakap nyaring itu adalah sesuatu yang sia sia dan akan menyakiti orang
8) Jauhilah dari MENGUMPAT, jangan merendahkan persatuan/pertubuhan islam, jangan bercakap kecuali dalam kebaikan
9) BERKENALANlah dengan saudara atau teman muslim yang anda jumpai kerana asas dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang
10) Kewajipan/tanggungjawab lebih banyak dari MASA yang kita ada...bantulah orang lain agar memanfaatkan waktunya, jika berurusan ringkaskanlah perlaksanaannya
0 comments:
Catat Ulasan