Ahad, 22 Mac 2015

Ditulis pada hari Ahad, 22 Mac 2015 1 comment
Semalam saya telah melalui hari pertama dengan jayanya... Ya Diet Atkins...

Sejak melahirkan anak yang ke 2 berat badan saya naik mendadak. Semasa saya masih menyusukan anak saya tidak terfikir untuk berdiet.  Kini bila saya rasa tidak selesa dengan berat yang melampau...saya berasa ingin mencuba Diet Atkins. Saya sudah membaca  beberapa article di dalam blog...

Di antaranya blog ini 


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Makanan Yang Diharamkan Selama Induction


  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan?
Ini menu makan tengahari
Lempeng telur + ikan kembong..ikan Kembong goreng..bunga kobis dan salad
Ini menu makan malam
Telur hancur campur isi ikan kembong. .salad..sawi...bunga kobis

Dan yang di bawah ini ialah menu sarapan pagi.
Telur hancur dan timun Jepun
Categories:

1 comments:

  1. tapi hati2 dengan telur kerana menyumbang kepada peningkatan paras kolesterol akibat memakan kuning telur berlebihan

    BalasPadam