Hari ini ummi masak bubur lagi untuk adik Im. Walaupun hari tu sambutan kurang memberangsangkan ..tapi ummi tak jemu mencuba.
Semalam semasa bertandang ke rumah adik ucu di Puncak Alam..adik Im makan bubur Ayish dengan berselera. Rupanya adik ucu letakkan bawang gorwng masak nak bland bubur tu...untuk penyedap rasa katanya. Bawang goreng tu...home made punya...so memang suci dan asli tanpa plastik dan straw sebangai bahan perangup.
Ok. Jom tengok bahannya :
Setengah sudu nasi yang telah dimasak
Setengah biji kentang
Sepotong lobak merah
Seinci ayam
Semangkuk air
*Rebus hingga semua bahan empuk
*Tabur kan bawang goreng dan daun sup
*Kisar hingga lembut
Dah siap. Adik Im makan sampai habis. Nanti makan tengahari ada 1 bekas lagi.
Selamat mencuba
yeah...kejap je dah besar yer adik Im, dah start solid food =)
BalasPadamTu lah...dh 7 bln. Cepat je ms berlalu
Padam