Jumaat, 28 November 2014

Ditulis pada hari Jumaat, 28 November 2014 No comments



Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh, tidak seperti gigi-gigi lain?
Kadang kala, gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Dua sebab utama kenapa gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah:
  1. Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika anda mempunyai rahang yang kecil.
  2. Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.
 Istilah untuk gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah gigi terimpak (impacted tooth). Gigi yang separa terbenam dalam rahang ini boleh menimbulkan kesakitan jika:

1. Pericoronitis. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh bertindak sebagai ‘gudang’ pengumpulan plak berbakteria. Lama-kelamaan, pengumpulan plak di sekeliling gigi terimpak boleh menyebabkan radang gusi di kawasan itu. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pericoronitis’.
Ciri-ciri pericoronitis: Gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir, dan bernanah. Jika berlanjutan boleh bengkak bahagian muka terbabit dan sukar untuk membuka mulut.

2. Gigi terimpak yang dihalang untuk tumbuh oleh gigi depannya lebih senang mendapat karies (pereputan struktur gigi). Oleh kerana ia terhalang oleh gigi geraham besar kedua, karies gigi bongsu mungkin tidak dapat dikesan lebih awal dan dibiarkan berlanjutan. Anda sendiri pun tahu apa akibat gigi berlubang – SAKIT!

3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis) yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Kesannya? Gigi sebelah gigi bongsu yang elok itu mungkin akan jadi sangat longgar akibat penyakit gusi tahap kronik dan mungkin terpaksa juga dikorbankan.

4. Penyakit patologi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Anda patut berhati-hati jika terdapat bengkak pada rahang yang pada mulanya kecil tapi semakin lama semakin membesar, dan mungkin tidak sakit sama sekali.
Tiada bukti yang menyokong amalan mencabut semua gigi bongsu sebagai langkah pencegahan. Namun begitu, jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.




Rawatan untuk gigi bongsu yang sakit adalah: 
Empat keadaan yang telah disebut di atas adalah antara sebab-sebab utama untuk rawatan cabutan gigi bongsu. Pembedahan kecil menggunakan bius setempat (minor surgery under local anaesthesia) mungkin diperlukan untuk mengeluarkan gigi bongsu tersebut. Pembedahan mungkin mengambil masa 20 minit hingga satu jam, bergantung pada tahap kesukaran.
Ketika pembedahan, anda akan merasa sedikit tekanan ke atas rahang anda dalam proses untuk mengeluarkan gigi tersebut kerana ruang di sekeliling gigi tersebut harus dilonggarkan supaya gigi itu keluar.

Sumber info :
www.mmgazette.com/aduh-gigi-bongsu-dr-husan-razak/
♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Setelah 2 minggu menahan kesakitan terutamanya pada waktu malam. ..akhirnya saya buat keputusan untuk mencabut gigi geraham bongsu saya ini. Klinik pilihan ialah : KLINIK JEYA Sg Besar. Pakar dan Pantas di samping harga yang berpatutan.. Saya pernah membuat pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi geraham bongsu yang tumbuh tersorok dan telah rosak kerana sukar dibersihkan dengan sempurna pada tahun 2010. Hari ini saya datang lagi dengan niat yang sama. Cuma geraham bongsu ini tidak tersorok dan dapat dicabut secara normal.


Inilah rupanya gigi geraham bongsu yang telah rosak.  Bukan tak berus gigi ye...tapi kedudukan nya yang tersorok menyebabkan ia sukar dibersihkan dengan sempurna. 


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan