Jumaat, 26 September 2014

Ditulis pada hari Jumaat, 26 September 2014 1 comment

Bandar Enstek merupakan bandar yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bandar ini terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Nama Bandar Enstek diambil sempena gabungan nama NSTC (Negeri Sembilan). Bandar Enstek merupakan pembangunan usahasama TH Properties dan Negeri Sembilan Deveploment Corporation (PKNNS).

Bandar ini mula dibangunkan pada tahun 2002. Dengan jumlah keluasan tanah 5,116 ekar, ia mempunyai 60,000 penduduk. Perumahan yang mula dibina adalah Alamilenia dan mempunyai populasi penduduk seramai 150,000 orang.

Bandar Enstek pada ketika dahulu adalah kawasan kelapa sawit dan dikelilingi oleh pokok getah. Sehingga kini bandar ini giat dibangunkan untuk kemudahan penduduk. Banyak kawasan perumahan yang telah dibina. Antaranya ialah Cenderawasih, Jentayu dan Timur@enstek. Cenderwasih terdiri daripada rumah jenis teres dan rumah bertingkat. Jentayu pula diketegorilkan rumah banglo. Manakala Timur@enstek adalah kebayakannya rumah teres dan bertingkat yang mempunyai rekabentuknya tersendiri.

♥♥♡♡♡♡♥♥♡♡♡♡♡♥♥

20 September 2014
Saya menziarahi sepupu suami yang tinggal di Bandar Enstek.. semoga Ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terima kasih Abg Zul,  Kak Wati dan anak -anak

♥♥♡♡♡♡♥♥♡♡♡♡♡♥♥

Categories: ,

1 comments:

  1. sy..pernah juga duduk enstek..tp kejap je. Jauh dari tempat kerja..heheh.
    Tempat yg tenang aman damai gitu..

    BalasPadam