Sabtu, 16 Ogos 2014

Ditulis pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014 2 comments
Kisah pertama saya tentang kisah dari tanah suci.  Klik link ini 



Sebenarnya banyak lagi kisah di tanah suci semasa saya mengerjakan haji yang belum dapat diabadikan lagi di blog ini. (Link di atas kisah pertama yang saya tulis..klik untuk mengetahui kisahnya) Alasannya tetap sama...kekangan masa. Rutin harian ibu beranak kecil memang perlu diatur rapi. Jika tidak banyak kerja yang akan tergendala memandang bayi memerlukan perhatian khusus daripada ibu dan bapa.

KISAH 1
Semasa membeli buah tangan buat ahli keluarga (beli sejadah) saya pun tawar menawar dengan penjual harga sejadah. Walaupun saya bertutur dalam bahasa Arab Mesir (ammiyah)...beliau tetap memahaminya..namun ada kalanya pak arab tu  mengaju-mengajuk sambil ketawa kecil...
Selesai urusan membeli sejadah, saya minta hadiah daripada beliau kerana saya membeli sejadah dengan kuantiti yang banyak..Namun pak arab tu agak keberatan nak bagi sebab beliau dah bagi harga sejadah tu dengan harga yang sangat murah. Saya terus mencuba...dan akhirnya beliau berikan saya kopiah kecil kononnya sebagai hadiah.
Pada awalnya saya menolak kerana size kopiah yang sangat kecil. Kata arab tu jika kecil bagilah pada anak awak. Saya kata anak saya dah besar ...sambil saya membayangkan kepala Aiman yang dah hampir sama dengan size abinya. Pak Arab tu cakap lagi..jangan bagi pada anak yang dah besar..bagilah pada anak kamu yang kecil... malas dah saya melayan arab ni....walaupun beliau bukan tahu saya hanya memiliki seorang anak... dan ketika itu suami pun dah mengajak balik. .....kopiah kecil tu saya selitkan di penjuru plastik sejadah yang dibeli...saya pun balik ke hotel..dan saya sudah terlupa tentang kisah itu hingga lah. ...
Ketika membuat persiapan menyambut eidul fitri baru-baru ini saya dan suami ingin mencari kopiah saiz kecil buat Muhammad 'Imran...namun tiada yang bersesuaian. Saya pun hampir putus asa memandang banyak lagi urusan penting yang belum diselesaikan. Terbayang lah Muhammad ' Imran berbaju Melayu tanpa kopiah tidak seperti abang dan abinya. Suami cakap "dia kan kecil lagi..." saya pun akur.
Ketika berkemas pakaian untuk pulang ke kampung untuk menyambut eidul fitri saya pun mengambil beberapa helai sejadah yang saya beli di Tanah suci dulu untuk kegunaan ketika adik beradik dan anak buah berkumpul nanti dan tiba-tiba ada benda kecil jatuh di kaki saya. ..ye...kopiah kecil yang di hadiah kan Pak Arab setahun yang lalu ketika saya menunaikan ibadah haji.. Subhanallah...ye kata-kata pak arab itu seperti tahu yang saya sedang mengandung...kata-katanya mengandungi doa...ketika kisah 'kopiah kecil' itu berlaku, saya sudah mengandung 5 minggu dan saya sendiri  dan suami pun tak tahu...MasyaAllah Makktul Mukarramah..bumi suci bumi bertuah bumi di mana doa-doa dimaqbulkan...syukur alhamdulillah
Berikut 3 keping gambar kopiah hadiah Pak Arab yang 'mendoakan' saya memiliki anak kecil...

KISAH 2

Ketika saya berehat menunggu waktu 'isyak di Masjidil Haram,..saya bersandar di tiang masjid untuk menghilangkan penat lelah berjalan dari hotel ke masjid lebih 1km.. 

Ketika saya sedang melayan diri (maklumlah..kaki.saya ni memang manja sikit sebab jarang berjalan jauh) saya disapa oleh seorang makcik arab bertanyakan saya "adakah awak mengandung?" agaknya beliau memerhati keadaan saya yang tersandar seperti orang mengandung lagaknya... saya pun menjawab "tidak" sambil menghadiahkannya senyuman kelat. Makcik arab tu berbisik dengan kawan di sebelahnya.. "macam orang mengandung" sambil ketawa kecil memandang ke arah saya. Dalam hati saya berkata..."wahai makcik aku faham bahasamu itu...semoga kata-katamu menjadi doa buatku..

Berikut 3 keping gambar koleksi peribadi...gambar tiang masjidil haram...dan gambar ke3 gambar warganegara Mesir yang baru saya kenali
 Mereka datang dari Iskandariah. Tu yang banyak sembangnya tu...

2 comments:

  1. Subhanallah..besarnya kuasa Allah.

    Tahniah kak. Moga kehadiran 'Imran menambah lagi kasih sayang akak sekeluarga. Amin.

    BalasPadam