Khamis, 3 Oktober 2013

Biar Betul Makcik ni.....

Saya tiba di Masjidil Haram agak lewat sedang waktu maghrib kian menjelang...Pastinya tingkat 2 kegemaran saya sudah penuh kerana saya kira ianya juga tingkat kegemaran ramai jemaah haji terutama nya jemaah haji dari Malaysia.

Saya dan suami dihalang masuk ke tingkat 2 kerana sememangnya sudah penuh melimpah...kami terus menuju ke tingkat atas / sutuh.

Saya dan suami terpisah agak jauh lantaran di tingkat atas juga orang sudah sesak. Saya buat pilihan untuk duduk di saf yang hampir dengan air zam zam supaya saya senang untuk minum dan berwudhuk jika terbatal.

Sedang saya mula ingin membentang sejadah, saya didatangi oleh seorang wanita/makcik mendakwa dirinya sesat...Saya tanya macamana boleh sesat? Makcik tu kata dia buat umrah dengan anak lelaki nya...selepas tawaf mereka terpisah dan makcik ni tak jumpa cari tempat sa’ie...beliau hanya mengikut pasangan Afghanistan sehingga sampai ke tingkat atas.Warga Afghanistan dan makcik tu berbual 'seperti ayam dan itik' agaknya...

Saya pun bentangkan sejadah berkongsi dengan saya di hadapan makcik tu kerana beliau tidak membawa apa-apa pun termasuk beg kuning "trademark" orang Malaysia di sini .

Memandangkan waktu maghrib yang semakin hampir, saya tidak berniat untuk bertanya itu dan ini. .. saya ambilkan beliau air zam zam kerana beliau kelihatan letih dan pakaiannya agak lusuh...

"Kalau makcik minum ayaq hang, nanti hang nak minum ayaq apa"? Ujar beliau penuh naif dalam loghat utara. Saya kata makcik minumlah. ...nanti saya ambil lagi sebab air zam zam tu dekat je..

Selepas azan maghrib berkumandang, kami pun solat...tiba waktu orang solat jenazah (di Masjidil Haram dan Masjidinnabawi solat jenazah dilakukan setiap kali solat waktu) makcik tu kehairanan..hang solat apa tu. ...saya beritahu.. solat jenazah...beliau tanya lagi...sapa mati? Saya yang sudah agak terlewat kerana melayan makcik ni terus menjawab. ..kita ikut dulu lepas solat saya beritahu...Makcik tu pun akur. ..

Siap solat jenazah....tanpa di minta makcik tu bercerita tentang beberapa orang jemaah haji yang meninggal dunia...tak sudah -sudah cerita beliau tentang orang mati...saya angguk dan ye kan je cerita beliau kerana saya belum lagi melakukan solat sunat ba'diah. ..

Bila saya bangun untuk solat sunat ba'diah. ..makcik tu bertanya lagi...solat apa lagi hang ni...? Saya beritahu solat sunat ba'diah ...macamana niatnya makcik tu bertanya...saya ajarkan dan beri sedikit penerangan sebelum solat..

Ketika solat saya lihat makcik tu betul-betul ikut pergerakan saya...beliau sanggup tahan sujudnya separuh jalan untuk tunggu sujud bersama dengan saya....saya bercadang ingin berkenalan dengan makcik ni lepas solat sunat ba'diah nanti kerana sejak mula lagi saya sedar yang makcik tersebut tidak memakai apa-apa tag pengenalan diri kecuali tulisan Malizia  pada telekungnya...itupun sudah agak lusuh. ..

Namun selesai saja saya salam yang pertama ke sebelah kan...saya menoleh ke kiri makcik tu sudah tiada...meremang bulu roma saya...Sering saya dengar cerita sebegini di dalam majalah dan buku-buku cerita di tanah suci. ..kini saya sendiri alami...

Jika benar makcik itu manusia di alam nyata...saya doakan beliau berjumpa anaknya dan dapat menyelesaikan umrahnya dengan selamat...Jika beliau 'bukan manusia di alam nyata' semoga ianya dapat memberi pengajaran pada saya agar menyampaikan ilmu walau 1 ayat...

Suasana di tingkat 2 pada waktu maghrib di hari kejadian itu. Entah kenapa hati saya langsung tidak tergerak untuk bergambar dengan makcik tu...walaupun biasanya saya Sering berbuat demikian. ....

7 comments:

  1. Subhanallah kak, kuasa Allah utk duga akak. Semoga pengalaman yang akak lalui itu mampu beri manfaat buat semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ainim...akk ajarkan dia solat sunat ba'diah. ...tetiba ilang

      Padam
  2. Subhanallah ! Syidah, .kalau akak..mmg akak teringin dpt pengalaman2 camtu....sambil mencari pengajaran dan hikmahNya

    BalasPadam
  3. Hanya allah maha mengetahui.pasti ada hikmah

    BalasPadam
  4. agaknya makcik tu sudah tiada lagi di dunia tp Allah maha kuasa nk tunjukkan sesuatu kepada kita.Bukan saya nk riak takbur tp nk kongsi pengalaman.Saya pernah menikmati satu jamuan makan di bumbung Masjidilharam dgn keluarga Arab,time antara maghrib - isyak.sbb -agaknya- nenek dr keluarga itu jemput saya..tafaddhal smbil menghulur sepinggan nasi minyak ..sumer hidangan lengkap dgn tehnya sekali.Agak jangka dh kenyang mkn nk minum air zamzam kat Paip tepi dinding tu sbg nk hilangkn rasa mkn di tekak-sbb dh nk isyak.pusing balik kt tempat duduk jamuan tadi dah TAK ADA...sdgkn saya mkn berlima dgn keluarga Arab tu.kelihatan hanya jemaah duduk dlm saf masing2,padat dan mustahil kalau diorg pergi begitu cepat.perut sendawa kekenyangan dgn nasi minyak arab .Kbetulan masa makan td perasan pada jemaah sebelah-Jemaah Indonesia saya brtanya ada nmpk x family arab sni td.."tiada sesiapa hatta makan2 pun tiada...saya x tau aper nk cakap.smpai ini jadi rahsia saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah. ..hanya Allah yg maha mengetahui.

      Padam
    2. Juga di tingkat atas masjidil haram...mmmm...MasyaAllah

      Padam