Rabu, 16 Julai 2014

Ditulis pada hari Rabu, 16 Julai 2014 3 comments
Salam Ukhuwah buat semua pembaca blog.  Hari ni saya nak bercerita tentang kisah anak saya kena prolong jaundis. Saya bersalin pada 16 mei 2014.Memang tangguhkan dulu menceritakan tentang perkara ini sehingga ujian darah yang dihantar ke hospital kelang telah diketahui keputusannya...
Kebiasaannya jaundis akan turun pada minggu pertama kelahiran. Berbeza dengan 'Imran. ..dah la bacaanya susah nak turun..dah masuk minggu kedua pun masih macam tu je...


Muhammad ' Imran bersama abangnya Muhammad Aiman

Hari ke 4 selepas misi datang ke rumah (saya bersalin di hospital swasta) misi dah dapat kesan kuning tu...esoknya saya pergi ke klinik kesihatan Sg Besar. Bacaannya 11.6. Pada awalnya saya rasa ok je memandang kan si abang dulu petmulaan cek je dah 13 dan dengan harapan bacaan tu akan turun esok hari. Rupanya hari ke2 cek bacaan melompat ke 14...aduh bising misi cakap saya tak susu kan baby..setiap jam saya kunci jam..habis semua orang kat rumah tu pun tak nyenyak tidur gara-gara nak pasti kan baby 'Imran menyusu dengan banyak. Saya fobia dengan si abang dulu sampai masuk wad 2 kali sebab kuning tak turun-turun..tapi dalam 25 hari si abang dah diisytihar kan bebas jaundis.

Abang dan adik sama-sama kena jaundis. Ada yang berseloroh...cuba mengandung sekali lagi...kalau anak perempuan mungkin tak kena. Haaaaaas???

Keesokan hari bacaan kuning bukan turun...naik jadi 15.3...misi dah warning..."syarat layak masuk wad" ialah 15.8..pun ada peluang 0.5 je untuk selamat daripada masuk wad...oh...malamnya saya tak bagi suami tidur. ..minta monitor saya agar tak tertidur lebih 1 jam untuk susu kan baby...semua petua orang tua tentang "demam kuning" ni saya cuba buat sedayanya. Mandi air daun inai. Mandi daun kucai. Mandi air cincau..macam-macam la...bab mandi-mandi ni saya buat sebab tak risau sangat benda luaran. Tapi bab bagi minum itu dan ini takut juga sebab baby tu kecik sangat lagi...masa si abang dulu pun saya tak bagi apa sangat. ..
Baby jaundis memang suka tidur. ..

Nampak kan kuningnya. ...



Esoknya...cek darah...17.5 Subhanallah. ..saya tahu..saya masih diuji...redha dengan ujian ini saya balik dan kemas-kemas barang untuk masuk wad...segala urusan birokrasi dah dilalui..Sementara menunggu baby 'Imran tidur...baby jaundis memang suka tidur kan...nak disusukan takmau...ujian darah memang akan dibuat lagi di hospital sebelum masuk wad...bacaannya semakin naik sebab baby asyik tidur...bacaan jadi 19...oh...hati ni Allah je lah yang tahu... . dan hari ke6 kelahiran saya dan baby 'Imran pun masuk wad di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam.


Saya dah nampak misi cucuk tangan baby 'Imran dan ada tiub untuk masukkan air sebab kuning tinggi...si abang dulu tidaklah sampai masuk air...dengan lampu fototraphy atas bawah...walaupun dah ada pengalaman anak pertama dulu tapi hati seorang ibu...sedih sangat tengok anak tidak berbaju hanya pampers diletakkan dalam besen di bawah lampu . Demi kebaikan anak hati ini redha...
Sakit tau..

Semiga anakku sabar

Beginilah gayanya...




Terima kasih sahabat yang datang melawat saat hatiku gundah

Keesokan hari (bila masuk wad sebab anak jaundis ibu-ibu menunggu keputusan darah anak macam tunggu keputusan SPM) bacaan darah turun sikit jadi 18 tapi still tinggi tu...terus berdoa dan bersyukur dengan ujian ini. Selalu positive kan diri Allah uji kita kerana Allah sayang kan kita...esoknya turun jadi 17...pun masih tinggi

Disebabkan bacaan yang masih tinggi..ujian darah diambil jam 2 ptg sekali lagi...jika waktu biasa misi akan ambil sebelum waktu subuh sekitar jam 5.30-6.00pagi... syukur...bacaan turun jadi 16...dan tak sangka pulak boleh keluar wad hari tu...dengan bacaan 16..dah doktor suruh keluar takkan nak merayu tak nak keluar pulak...pakej 3hari 2 malam...dengan tidak menolak kemungkinan mungkin datang lagi memandangkan si abang dulu masuk wad 2 kali. .


Gembira adik dah boleh balik

Abi lagi gembira. ..

Inilah insan paling gembira.  Syukur

Walaupun dah keluar wad tapi rutin ambil darah berterusan di klinik kesihatan Sg Besar...bacaannya seperti yang dah di duga...turun sikit hari berikutnya 15.3...esoknya 15.8..esok lagi...16.2...emmm... pada hari ke 14 saya masuk semula wad memandangkan jaundis masih tinggi...kali ni pakej percutian 4hari 3 malam dan bila jaundice dah lebih seminggu maka ujian darah yang banyak (entah berapa tiub entah diorang ambil) urin juga di hantar ke hospital kelang untuk 'melihat'jika ada masalah yang memerlukan rawatan susulan.

Tag kaki...

Ummi...jangan tinggal kan adik...

Masuk wad kali ke2. Kurang sikit tekanan berbanding kali pertama

Punca-punca utama prolonged jaundice adalah :-
1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst
2. Masalah jangkitan saluran kencing
3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)
4. Masalah metabolic ( galactosemia)
5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati
6. Masalah kelenjar tiroid.


Aduh. ..cuaknya...namun yakin dengan ketentuan Allah...saya pasrah menunggu keputusan darah itu pada 9 Julai 2014..
Syukur alhamdulillah. ...keputusan nya semua darah yang dihantar normal dan tiada masalah-masalah di atas...teringat kata-kata seorang sahabat yang berpengalaman menjaga ramai anak. ...selagi. baby menyusu dan buang air macam biasa. ...tiada masalah.

Selepas ambik keputusan darah. Syukur alhamdulillah

Sepanjang lebih 40 hari menghadapi anak jaundis pelbagai petua untuk menurunkannya..sangat banyak hingga takut saya nak turutkan semua..baby kita bukan bahan eksperimen. ..silap langkah lain pula jadinya...hanya susu ibu ubat yang mujarab untuk merawat baby jaundis.  Walaupun saya ada mencuba beberapa petua itu dengan hati yang risau....namun saya nak mengingatkan ibu-ibu diluar sana jika menghadapi masalah anak jaundis. ..hanya susu ibu yang mujarab...ye...hanya SUSU IBU...Selebihnya banyakkan berdoa dan bersedeqah semoga kita semua dalam pemeliharaan Allah SWT.

Ummi...adik dah sihat...


Tengok tu dah pandao petik manggis laaa. ..hihi

Categories: ,

3 comments:

  1. assalamualaikum.. sis.. ank sis masa jaundis aritu berak byk x..
    ll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putri aina. X byk. Dia minum susu cukup je. Jrg sgt berak

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak, ank sy pun prolonged jaundice. Dah 36hr. Imran berapa lama ye?

    BalasPadam