Ahad, 29 Jun 2014

Ditulis pada hari Ahad, 29 Jun 2014 1 comment

Setiap kali musim manggis pasti ada entri yang berkaitan dengan buah ungu ini. Meskipun nampak sama tapi isi ceritanya berbeza...

Setelah lebih 50 hari .(sejak saya bersalin) saya tidak menjenguk, rupanya buah manggis dah ada yang masak. Buah manggis ni agak sensitif. Jika tidak dipetik dengan cara yang betul, kulitnya akan keras dan buah tak boleh di buka. Jika buahnya terhempas buah akan rosak. Kaedah memetik yang terbaik ialah panjat dan petik sendiri dengan tangan. Tapi dalam bulan puasa ni sape la yang nak memanjat?

Oleh itu kaedah lama masih digunakan.

Apa lagi...jolok guna galah
Hujung galah di pecah 3 atau 4 belahan dan disendal dengan kayu supaya buah manggis boleh masuk ke ruangan itu.

Tengok tu siap pakai sarung tangan lagi...
Jika buah yang rendah boleh petik je..
Kalau tinggi....
Tuan tanah sedang menggayakan acara petik manggis...hehehe...
Ada yang masak...ada yang masih mentah..tunggu adik beradik dan anak buah katanya...
Categories:

1 comments: