Selasa, 24 Jun 2014

Ditulis pada hari Selasa, 24 Jun 2014 No comments
Bayi anda berkahak?? sebagai ibu tentu kita akan merasa risau kerana bayi tidak pandai mengeluarkan kahaknya sendiri.

 Jika bawa ke klinik pun doktor hanya suruh beri susu ibu kerana itulah ubat yang sesuai untuk bayi. Ada juga klinik yang menggunakan kaedah gas untuk mencairkan kahak tersebut. Namun bagi bayi yang baru berusia beberapa minggu adalah tidak digalakkan. 

Saya pun mengoogle untuk mencari petua. Banyak yang saya jumpa...tapi saya mencuba yang senang di dapati dan mudah melaksanakan. 

Di antaranya ialah:

Daun kaduk. Diramas dan dicampur dengan kapur makan. Kemudian disapu pada dada perut dan belakang bayi..baca selawat
Air zam zam. Titiskan sedikit kemulut bayi...ambil berkat air dari bumi haramain
Begitu juga dengan madu. Coletkan sedikit di mulut bayi kerana madu ini merupakan makanan sunnah. So kita cuba...bukan bagi banyak tau...sikit je..nak campur dengan air zam zam pun boleh...
Dan...yang paling best ialah bawang putih yang dibakar kemudian dihancurkan dan dicampur dengan minyak. Urutkan pada dada perut dan belakang bayi selepas mandi..yakin dengan bantuan Allah. Insyaallah kahak akan keluar mengikut najis. Dan kaedah ini yang paling senang dan serasi dengan anak saya.

Apapun kaedah yang saya gunakan saya iringkan dengan sunnah ketika sakit seperti berikut :

Amalkan ye...
Ummi...adik dah sihat...
Syukur alhamdulillah
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan