Selasa, 29 April 2014

Ditulis pada hari Selasa, 29 April 2014 2 comments
Panitia Pendidikan Islam SMK Sg Besar dengan kerjasama Lembaga Tabubg Haji Sg Besar  telah megadakan program SIMULASI HAJI pada 29 April 2014 bermula jam 2.00 petang hingga jam 6.00 petang.

 2 jam yang pertama adalah Ceramah dan penerangan di dalam dewan  dan 2 jam yang berikutnya ialah praktikal di padang sekolah. Penceramah yang mengendalikan sesi ini ialah Tuan Haji Suhaimi bin Jalil, Penceramah Lembaga Tabung Haji Sg Besar.































Ketika bersama murid dan rakan di padang saya terimbau kenangan tahun lalu ketika saya melakukan latihan intensif haji di padang yang sama.

Bila berada di hadapan replika kaabah, saya terkenang pertama kali saya melihat kaabah semasa menunaikan haji tahun lalu. Ada sebak di dada...ada genang air mata...ada getar di jiwa...ada doa yang dilafaz...ada keampunan yang dipohon..di pancur emas, di penjuru Hajarul aswad, di hijr ismail...dan tempat-tempat mustajab berdoa...



Ada  kenangan terindah...ada hajat terlaksana...ada harapan termakbul...moga diampun segala dosa...bisakah lagi aku ke sana? Kini 'putera Multazamku' menunggu masa melihat dunia...semoga menjadi anak soleh penghuni syurga...



Categories: ,

2 comments: