Selasa, 25 Mac 2014

Ditulis pada hari Selasa, 25 Mac 2014 3 comments
Di dalam entri saya sebelum ini saya ada menulis tentang "Anemia Ketika Hami". Misi saya ketika cuti sekolah ini ialah ingin meningkatkan bacaan HB (hemoglobin) darah memandangkan saya akan membuat pemeriksaan darah pada awak April nanti. Dah dekat kan?

Untuk menjayakan misi ini En.Suami telah membekalkan saya pelbagai makanan seperti bayam, brokoli, kerang, jambu batu, belimbing besi, hati dan kekacang.
Di samping itu makanan lain yang mengandungi vitamin C seperti buah oren, mangga, kerana vitamin C dapat membantu penyerapan ubat yang kita ambil (bab ubat saya memang baik...cuma 2, 3 kali je terlupa)

Bila dah selalu sangat makan makanan yang sama....timbullah perasaan jemu.... Oleh itu saya cuba mempelbagai masakan dari kerang rebus, kerang masak cili dan hari ini Mee Goreng Kerang.


Cara goreng mee sama saja dengan mee goreng yang lain, cuma saya tambahkan ikan bilis (dikisar) dan tambahkan kerang. Selain itu sayurnya ialah sawi, kentang dan lobak merah..lain kali mungkin boleh buat mee goreng bayam pula.

Categories:

3 comments:

  1. Alamak...lapar terus bila tengok ni. Ngeee nak sikit kak. Yummy...semua pon saya suka...yummy. Haahlah saya memang HB rendah...biasa kalau pregnant...awal2 pregnant je 11 pastu turun, dok main bacaa 10.2,10.9,10.5 camtu2 je. HEHEHE jenuh bedal macam2...sama gak =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la razila...akk 10.1..nurse dh bising....doc dh nasiht mcm2...

      Padam