Selasa, 25 Mac 2014

Ditulis pada hari Selasa, 25 Mac 2014 No comments

[Mesir Jatuhkan Hukuman Mati Kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin]

Mahkamah Jenayah al-Minya mengeluarkan keputusan hari ini menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong Mohamad Mursi, termasuklah Mursyidul Am IM Muhamad Badie dan Presiden Freedom and Justice Party (FJP) Saad al-Katatni. 16 defendan yang lain pula dibebaskan.

Keputusan ini sedang menunggu pengesahan Mufti Mesir. Keputusan akhir akan diumumkan pada 28 April 2014.

Sesi tersebut dilangsungkan dengan ketiadaan defendan dan peguam, menurut Tarek Fouda, wakil Sindiket Peguam di al-Minya.

Seramai 545 defendan, 397 daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran mereka, telah didakwa menyerang pejabat polis di Samalot dan kejiranan Matay di governorate al-Minya ketika pertempuran ganas selepas pembunuhan beramai-ramai di medan Rabiatul Adawiyah 14 Ogos lalu.

Sumber : MiddleEastMonitor
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan