Sabtu, 29 Mac 2014

Ditulis pada hari Sabtu, 29 Mac 2014 No comments

Sempena tarikh 28 Mac 2014 iaitu hari ulang tahun nya yang ke-6, maka dengan ini anakanda saya Muhammad Aiman mulakan perasmiannya membaca dan mempelajari Al quran.



Ya Allah mudahkanlah...terangkanlah hatinya, tajamkanlah mindanya, tambahkanlah kecenderungannya dalam mempelajari ayat-ayat suciMu, semoga beroleh kejayaan fiddunia wa akhirah.


Aiman sangat teruja.
Maaf kerana menggunakan tangan kiri untuk menunjuk ayat yang dibaca. Mula-mula dah suruh guna tangan kanan, tapi entah bila dia tukar semula.....tangan kiri.


Sebenarnya al quran yang digunakan ini merupakan hadiah daripada Kerajaan Arab Saudi kepada para jemaah haji ketika di Airport Jeddah sebelum kepulangan kami ke tanah air. 




Sebuah nada membuat ku terhanyut dalam keheningan
Tatkala ku bersujud pada ilahi
Hening…  damai …
Diatas sajadah yang membentang
Kulantunkan wahyu sang pencipta
Hatiku bertanya , dapatkan ku selalu membacanya ?
Membaca kitab yang menjadi pedoman hidup manusia
Kitab yang diturunkan pada insan termulia
Membacanya, menyejukan qalbu
Memahami nya, menenangkan jiwa,
Mengamalkannya, limpahan pahala
Sungguh, hati kan rapuh bila tak membacanya
Ilmu manapun tak dapat menandingi kitab ku
Harta seluruh kaum muslim
Bila kita berpegang teguh padanya
Keberhasilan kan menghampiri
Dunia … akhirat …
Inilah kitab ku
Kitab Al-Qur’an

Sumber puisi :

puisi-puisislami.blogspot.com/2011/11/al-quran-kitab-ku.html?m=1
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan