Ahad, 26 Januari 2014

Ditulis pada hari Ahad, 26 Januari 2014 4 comments
Jika ada Carta "Menu Terhebat" pasti ikan gelama rabuk ini mendapat tempat ke 2 atau naib johan selepas carta teratas ikan wadi. Mana mungkin ikan wadi dapat dikalahkan. Namun kerana kesukaran mendapat ikan wadi ketika ini ikan gelama rabuk berperanan sebagai pengganti..


Apa dia ikan gelama rabuk? ??pernahkah anda mendengarnya? Pernahkah anda merasainya?


Ikan gelama rabuk ialah ikan gelama masam yang mana daging ikannya seakan-akan hancur bila di goreng. .baunya saja sudah dapat membangkitkan selera sesiapa saja yang terbau gorengannya...


Rabuk adalah bahasa banjar bermaksud lembut atau hancur.


Biasanya ia ikan gelama rabuk dimakan bersama pulut, ubi rebus atau makan bersama nasi panas-panas.. Lebih-lebih lagi jika ikan gelama rabuk digoreng bersama bawang dan cili kering.


Keenakan yang maksima...hehe..
Ikan Gelama Rabuk yang belum digorengkan bawang dan cili..baunya...sungguh harum dan menyelerakan


Inilah pasangan serasi bersama




Categories: ,

4 comments:

  1. First time dgr gelama rabuk. Hehe. Selalunya ikan gelama masin atau ikan kering gelama. Sedappp tuu

    BalasPadam
  2. mkn ngn nasi panas pon sedap ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu....mak mertua lalu pun xnmpk

      Padam