Banyak benda tak terluah hanya mampu ditulis...walau tak dikongsi pada butir bicara...hanya ditaip pada papan kekunci,hanya dibaca insan-insan tidak dikenali....tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berbagi.
Kata-Kata Hikmah Islam
1. "Kalau hidup ini pahit, Allah lah gulanya"
2. “Tidak perlu kenal bertahun-tahun. Orang yang sudah mencintai Allah, maka akan dengan mudah ia mencintai orang yang juga mencintai Allah.”
3. Ujian yang Allah beri tu kadang-kadang hati kita rasa tak sama.Semua bergantung pada tahap iman kita.
4. Kalau iman tengah tinggi macam gunung.. datang la ujian besar mana, kita boleh lalui dengan tenang..yela, iman tengah bertambah..
5. Kalau iman dalam keadaan lemah longlai..berkurang.. ujian sekadar jentikan dari Allah kita dah rasa macam tsunami yang menimpa..walhal benda kecil je pun.
6. Tapi apa yang Allah beri pada kita, memang betul-betul sesuai pada ukuran iman dan kemampuan diri kita untuk hadapi. Tak mampu, Allah takkan beri.
7. Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut... saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian kiriman Tuhan..
8. “Merantaulah. Gapailah setinggi-tingginya impianmu. Bepergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu; melipur duka dan memulai penghidupan baru, memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu”
9. Sungguh, bukan mekap, beg tangan, baju seluar, kasut tumit, yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan.
Yang membuatkan kita cantik di mata Tuhan adalah kerana kita menepati indikator perempuan yang mukminah lagi solehah.
10. Mengejar manusia kita akan lelah. Kejar Tuhan inshaAllah kita takkan rebah.
Kredit to : ohgadisitu.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan