Jumaat, 10 Januari 2014

Ditulis pada hari Jumaat, 10 Januari 2014 4 comments

Rentetan pendedahan Jakim tentang penarikan sijil halal dari Cafe Mamawe, Sg Besar, ramai yang mengakui pernah 'termakan' di Cafe tersebut. ..ada juga yang tertanya-tanya mengapa sijil halal cafe tersebut ditarik.

Berikut saya bawakan 38 sebab mengapa sijil halal gagal diperolehi :

1. Percampuran bahan ramuan halal dan tidak halal dalam stor penyimpanan yang sama - tiada pengasingan secara fizikal

2. Pembungkusan dan pelabelan tidak menepati syarak

3. Penggunaan istilah yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan. Cth: bacon, hot dog, bak kut teh, beer,ham, dll

4. Pemprosesan produk halal dan tidak halal

5. Bahan ramuan/ mentah tiada sijil pengesahan halal

6. Tiada Jawatankuasa Audit Halal Dalaman

7. Pekerja muslim warganegara Malaysia tidak mencukupi

8. Produk mengandungi bahan ramuan yang tidak halal

9. Penggunaan berus daripada bulu binatang

10. Terdapat alat penyembahan agama di dalam kawasan pemprosesan makanan/ premis

11. Bahan ramuan tidak diisytihar dalam permohonan

12. Terdapat binatang di dalam kawasan premis

13. Bahan ramuan yang meragukan - sijil halal yang tidak diiktiraf

14. Penggunaan peralatan tidak halal bercampur di kawasan premis

15. Laluan keluar masuk bagi dapur halal dan tidak halal adalah sama

16. Laluan arak berkongsi dengan laluan dapur halal

17. Terdapat arak dan ramuan berunsur arak dalam kawasan dapur halal

18. Terdapat penyalahgunaan logo di dapur/ restoran yang tidak disahkan halal

19. Terdapat penyalahgunaan logo halal pada produk yang tidak mendapat sijil halal

20. Lantai di kawasan pemprosesan pecah dan berlubang

21. Kawasan pemprosesan tidak bersih

22. Lampu di kawasan pemprosesan tidak berpenutup

23. Terdapat lubang pada siling di kawasan pemprosesan

24. Dinding di kawasan pemprosesan tidak bersih

25. Longkang tidak dibersih dan diselenggara dengan baik

26. Terdapat asrama pekerja di dalam kawasan premis

27. Pekerja tidak mendapatkan suntikan Anti-Typhoid Rekod suntikan Anti-Typhoid pekerja telah tamat tempoh

28. Putung rokok dijumpai di kawasan premis Terdapat air minuman pekerja di dalam kawasan pemprosesan

29. Pakaian pekerja tidak sesuai (pekerja memakai seluar pendek ketika pemprosesan makanan)

30. Pekerja tidak memakai penutup kepala. Pekerja memakai slipper di dalam kawasan pemprosesan

31. Pekerja memakai cincin dan jam semasa pengendalian/pemprosesan makanan

32. Susun atur peralatan di dalam stor dan kawasan pemprosesan tidak kemas

33. Menjalankan pemprosesan produk kontrak luar yang tidak halal (OEM)

34. Kawasan premis tidak berpagar

35. Kawalan serangga (Pest Control) tidak dilaksanakan mengikut jadual

36. Pekerja tidak mengikuti kursus pengendalian makanan

37. Produk siap dan bahan mentah tidak diasingkan dan disimpan dalam kawasan yang sama

38. Tiada pengasingan untuk penyimpanan bahan mentah kering dan basah

Sumber: JAKIM

Categories:

4 comments:

  1. hahaha..begitu banyak sekali...kembang tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...geli rasanya. ..tq singgah sini kak pinat

      Padam
  2. erk..tak pernah dengar nama restoran ni tapi terima kasih sebab kongsi info ni kak

    BalasPadam