Selasa, 3 Disember 2013

Ditulis pada hari Selasa, 3 Disember 2013 3 comments
Raudhatul Jannah atau nama sebutan kebiasaannya  Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.
kawasan luar Raudhah. Ia menjadi kawasan menunggu giliran untuk masuk ke dalam Raudhah

peringatan sebelum masuk...sila baca

Kami menunggu dengan penuh kesabaran


Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa kerana diyakini tiada satu pun doa di Raudhah yang ditolak.

Rasulullah SAW bersabda “Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

sumber info : syahirkadir.wordpress.com

Saya masuk melalui pintu ini
 

kami masuk dengan tenang dan sabar

ada yang menunggu kawan...ada yang membaca al quran...ada yang berdoa

saya dalam perjalanan menuju ke Raudhah
 

Kawasan berhampiran Raudhah. (jemaah yang duduk itu berada di dalam kawasan Raudhah)


Sebilangan besar para ulama mempercayai, tempat yang dikatakan adalah Raudhah, atau nama lainnya Raudhatul Jannah, yang mana sekarang ini bertempat di Masjid Nabawi. Para ulama juga meyakini Raudhah adalah benar-benar sebahagian dari taman syurga yang zahirnya wujud di atas muka bumi Allah. Apabila hari kiamat tiba, menurut para ulama, tempat itu akan dipindahkan oleh Allah ke syurga. Subhanallah.

Sejauh manakah bilik Rasulullah dan masjidnya? Bayangkan, ketika Rasulullah SAW beri’tikaf di masjid itu, Rasulullah hanya perlu menjulurkan kepalanya dipintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Ini bermakna, bilik Rasulullah SAW dan isteri baginda Siti Aisyah RA, hanya bersebelahan dengan masjid.

Apabila Rasulullah SAW wafat, Rasulullah SAW dikuburkan di dalam biliknya itu dan Siti Aisyah RA terus tinggal di bilik yang sama. Selepas itu, ketika Abu Bakar RA hampir menemui ajalnya, Abu Bakar memohon kebenaran Siti Aisyah untuk dikebumikan di samping sahabat tercintanya, Rasulullah SAW dan Siti Aisyah RA membenarkannya, kerana Siti Aisyah menghormati ayahnya itu. Selepas itu, Umar al-Khatab pula bakal menemui ajalnya lalu memohon kepada Siti Aisyah agar dia juga dapat dikebumikan di samping Rasulullah. Meskipun Siti Aisyah sangat-sangat berhajat untuk dikebumikan disamping suami dan ayah tercintanya, kerana hormat akan Umar lalu Siti Aisyah membenarkannya. Demikiannya waktu itulah, Siti Aisyah tidak lagi membuka auratnya di dalam bilik itu kerana sudah terdapat bukan mahram di biliknya meskipun Umar telah pun mati dan dikebumikan. Begitu mulia akhlak Siti Aisyah.


Raudhah yang terletak di antara bilik Rasulullah SAW dengan mimbar, adalah antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdo’a kepada Allah SWT. Antara tempat lain adalah seperti di depan Multazam (pintu Ka’bah),dan saat wuquf di Arafah.

Kawasan Raudhah ditandai dengan permadani kombinasi putih dan kehijauan, yang mana sangat berbeza dengan dengan permadani biasa lain di Masjid Nabawi yang berwarna merah. Raudhah ditandai oleh tiang berwarna putih dengan ornamen kaligrafi yang khas. Sekurangnya, terdapat lima tiang yang ada di sekeliling Raudhah. Raudhah dapat dilawati melalui beberapa pintu, namun yang paling dekat adalah pintu Jibril yang terletak di kanan Masjid Nabawi bahagian belakang.


inilah laluan saya menuju ke Raudhah.


Ini pula ialah sempadan di antara kawasan masjid dan Raudhah. Karpet Merah ialah kawasan masjid sementara karpet hijau adalah kawasan Raudhah


Di Raudhah, tidak semudah dijangka untuk mendirikan ibadah sunat di sini kerana tempatnya kecil dan begitu ramai jemaah cuba memenuhi sekecil-kecil ruang yang ada, maka di sini jugalah Allah menempatkan ujianNya pada umatnya. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana berlaku perebutan, menindihan dan kesukaran untuk rukuk dan sujud juga kerana kesempitan ruang.


inilah satu-satunya gambar yang dapat diambil untuk menggambarkan kesesakan di dalam Raudhah



Jemaah haji berpusu-pusu menuju ke Raudhah. Masing-masing ingin beribadah dan berdoa di sana.


Diyakini di Raudhah inilah setiap do’a dan munajat kepada Allah SWT memiliki nilai afdhaliyah yang sangat tinggi. Dengan kata lain, tempat ini sangat mustajab untuk memohonkan sesuatu kepada Alloh SWT.

Bayangkanlah dan renungilah betapa sayangnya Allah kepada hambanya dengan memperlihatkan hanya sebahagian kecil dari taman syurga di bumi ini dan akan juga bakal di bawa ke akhirat juga.






Lampu, tiang dan seni bina yang berbeza di dalam kawasan Raudhah


Ramai yang telah memperkatakan bahawa dengan berada di Raudhah sahaja sudah cukup untuk memberi keinsafan dan berasakan rendah diri pada Allah serta menguatkan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah.

Berdoalah kita agar mendapat hidayah supaya kita dapat menghayati keindahan dan ketenangan nikmat Allah SWT.

sumber info : www.notafikir.com


3 comments: