Isnin, 2 Disember 2013

Ditulis pada hari Isnin, 2 Disember 2013 6 comments
Jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja.
Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.



Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya.

Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. 

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

sumber info : : google

PERINGATAN

Apabila seseorang memakan ulam jering secara mentah dalam jumlah yang banyak, mereka akan mengalami penyakit sukar kencing yang dikenali sebagai ‘ikat kencing’ atau sesetengah tempat dipanggil ‘kapit jering’. Tanda-tanda awal bagi mereka yang menghidap penyakit ini adalah kurang buang air dan air kencing berdarah.
Pakar kesihatan menasihatkan penggemar jering agar tidak memakannya secara berlebihan bagi mengelakkan masalah yang boleh mengaktifkan simptom penyakit  buah pinggang. Doktor juga melarang mereka yang menghidap penyakit buah pinggang daripada memakan buah jering bagi mengelakkan pesakit mengalami risiko lebih kronik dan sukar dirawat.




Categories: ,

6 comments:

  1. Balasan
    1. Sy pandai mkn sikit2 je...sebiji dua boleh la...itu pun semua kulit nipis luarnya sy buang

      Padam
  2. Ye ke jering ada bau??yang tahu petai je. Emm sib baik saya x makan jering sebab memang x reti nak makan jering tu. HEHEHE. TQ for the info =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jering, petai dan kerdas semua ada bau

      Padam