Isnin, 25 November 2013

Ditulis pada hari Isnin, 25 November 2013 6 comments

Musim cendawan datang lagi......menu-menu kebisaannya ialah sup cendawan, tumis  dengan pelbagai sayuran lain dan cendawan goreng. Bila dah berulang maknanya dah habis idea.

Entri kali ini saya cipta satu resepi baru

BIHUN GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

1/2 bungkus bihun
8-10 kuntum cendawan
2 Biji Bawang merah*
1 biji bawang putih *
* di mayang halus
4 ekor ikan bilis dikisar halus/ditumbuk
Sawi, daun sup dan cili merah (jika suka)
Sos cili dan kicap secukupnya

CARA MEMBUATNYA IALAH :

1) Rendam bihun (macam biasalaaa...)
2) Tumiskan bahan bertanda * bersama serbuk ikan bilis dan cendawan
3) masukkan kicap , sos dan sawi
4) masukkan bihun bersama 1/2 cawan air
5) tunggu hingga bihun masak
6) daun sup, cili merah,  telur dadar, bawang goreng ditabur atas bihun yabg sudah di hidang mengikut kesukaan anda

Selamat mencuba

Tadaaaaa ini lah dia bihun goreng cendawan. ...

Categories: ,

6 comments:

  1. Wahhh.menggelupur perut nina tgk mihunn nihh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nina. ..yg bulat bulat tu bkn fish ball tau...itu cendawan. Sdap sgt..manis

      Padam
  2. Balasan
    1. Zakiah. ..mkn panas panas. ..sedap tau...hihi

      Padam