Khamis, 10 Oktober 2013

Ditulis pada hari Khamis, 10 Oktober 2013 4 comments

Jemaah haji semakin ramai membanjiri kota Mekah. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia. Inilah masanya para peniaga dapat menggandakan pendapatan..tak kira peniaga kecil mahupun peniaga besar..Ada sebahagian yang mengatakan pendapatan peniaga di sini pada musim haji mampu membiayai kehidupan mereka selama setahun. Entah betul atau tidak pendapat ini saya pun kurang pasti...

Beginilah kemeriahan urusan jual beli di hadapan hotel kami. Macam-macam ada.
Lihat gambar di atas. .
ada yang menjual al Qur'an, ada yang menjual tasbih, ada yang menjual cincin, ada yang jam tangan.
Ada yang menjual seluar, jubah, tudung, telekong dan lain-  lain
Dan....yang paling best ada jual makanan. ..seperti keledek rebus, begedil, kuih muih, ikan masin, lauk pauk dan sebagainya... Semua lni di jual di hadapan hotel Land Premium tempat kami menginap.
Meriah kan????


Dan inilah pelengkap kemeriahan : Si Peminta Sedekah!

4 comments: