Rabu, 9 Oktober 2013

Ditulis pada hari Rabu, 9 Oktober 2013 2 comments


Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah. Hudaibiyah merupakan lokasi para sahabat Rasulullah SAW melakukan bai’ah (janji taat setia) kepada Rasulullah SAW untuk memerangi kafir Quraisy yang dikenali dengan nama Bai’atur Ridhwan pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (Mac 628M).

Terdapat sebuah masjid di sini yang jaraknya dari Masjidil Haram sekitar 24km. Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen iaitu Masjid Uthman Affan adalah lokasi dimana berlakunya perjanjian yang dibuat oleh Rasullulah dengan Quraisy Mekah.

Ini lah Masjid Syumaisi, Hudaibiyah.  Ianya merupakan salah satu tempat /miqat untuk berniat ihram umrah.


Inilah bekas tapak masjid lama tempat di mana Rasulullah memetrai Baiah /perjanjian Ridhuan bersama orang Quraisy Mekah. 

Hudaibiyah merupakan lokasi para sahabat Rasulullah SAW melakukan bai’ah (janji taat setia) kepada Rasulullah SAW untuk memerangi kafir Quraisy yang dikenali dengan nama Bai’atur Ridhwan pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (Mac 628M).
Abi dan Ummi Aiman ni...bab bergambar memang nombor 1. Bukannya apa....untuk buat kenangan dan tatapan bila pulang ke tanah air nanti

Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat hendak ke Makkah untuk menunaikan umrah. Ketika sampai di Hudaibiyah ini, kaum kafir Quraisy menghalang rombongan Rasulullah SAW untuk masuk ke tanah haram.

Rasulullah SAW mengutus Sayyidina Uthman Affan untuk berunding dengan mereka.

Akhirnya Saiyyidina Uthman Affan kembali dengan selamat. Beliau memperlihatkan butir proposal perjanjian genjatan senjata daripada musyrikin Makkah kepada Rasulullah SAW.

ISI PERJANJIAN HUDAIBIYAH

1) Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

2) Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

3) Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

4) Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

5) Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

6) Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

Perjanjian itu kemudiannya dikenali dengan ‘Perjanjian Damai Hudaibiyah’ atau ‘Sulh Hudaibiyah’. Kemudian Rasulullah SAW dan para sahabat kembali ke Madinah.

Ada yang mendakwa ini merupakan tunggul pohon Ridhuan tempat di mana Perjanjian /Baiah Ridhuan dimaterai yang mana Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. 

2 comments: