Sabtu, 12 Oktober 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 12 Oktober 2013 2 comments

Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”

Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi.

*****************

Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah

 Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:

1) Mandi sunat wukuf.
2) Bertaubat
3) Solat berjemaah
4);Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
5) Membaca Al-Quran
6) Memperbanyakkan ucapan:
7) Bertalbiah diselangi dengan doa.
8) Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
9) Berdoa bersungguh-sungguh.
10) Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
11) Kuliah fadilat Arafah.
12) qiamullail
13) Solat-solat sunat

sumber : shafiqolbu.wordpress.com

Teruskan melihat gambar kenangan kami di Padang Arafah. 
Gambar pada 10 Zulhijah 1434
Hari Wukuf di Padang Arafah
Entri lambat di post kerana masalah talian internet.

2 comments: