Sering benar kita dengar tentang jemaah haji yang diuji di bumi haramain. Namun ia boleh dianggap sebagai hikmah penambah pahala di bumi suci yang barakah ini...
Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza-beza....saya berdoa agar jika saya di uji biarlah ujian yang mampu saya hadapi. ..
Setelah melalui perjalanan yang panjang dari Sg Besar - Tanjung Malim - Kelana Jaya - KLIA (deley hampir 3 jam) - Madinah Al Munawwarah. ..akhir nya kami menjejakkan kaki di tanah suci bumi para anbia' dengan penuh kesyukuran.
Setelah turun dari kapal terbang Saudi Arabia Airlines, bas sudah menunggu untuk pengesahan passport di Lapangan terbang King Abd Aziz. Kemudian kami bertukar bas lagi untuk di bawa ke Hotel Al Haram.
Seperti biasanya saya suka mengambil gambar di pelbagai lokasi...ketika menaiki bas ke2 ujian saya yang pertama di bumi haramain ialah : Hp Samsung galaxy note 2 saya rosak! Tidak boleh di gunakan langsung :( dan lebih menyedihkan bila hp itu tidak boleh dibaiki di sini. ..
Redha dengan ujian itu....namun saya terus melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat agar perjalanan hidup saya di hari-hari yang berikutnya di permudahkan Allah.
Atas nasihat kawan-kawan, suami dan petugas tabung haji...saya pun membeli hp baru memandangkan sukarnya untuk sampai ke bumi haramain ini...banyak gambar kenangan yang ingin diambil untuk tatapan diri sendiri dan sanak saudara...
Syukur ini hari ke 6 saya di sini...kami melalui kehidupan di sini dengan penuh kesyukuran atas nikmat sihat dan dapat beribadah di Masjidinnabawi dan Raudhah...
Doakan perjalanan haji kami dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
#Tiada gambar dalam flight dan di airport kerana hp rosak dan memori kad hilang!
Bersambung...
Subhanallah..cantiknya pemandangan Masjid Nabawi tu kak. kali pertama saya ke sana pada usia 18 tahun. doakan moga kami sekeluarga berpeluang ke sana lagi..
BalasPadamUpdate guna hp baru la ni?
Ya Allah, seronoknya mendapat jemputan dari Ilahi. Semoga kami berpeluang juga ke sana dengan izin Allah. Semoga segala urusan ibadah berjalan baik dan mendapat haji yang mabrur. Amin
BalasPadam