Jumaat, 13 September 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 13 September 2013 3 comments

Letaknya berhampiran dengan Masjidinnabawi memudahkan kami berulang alik dari hotel ke masjid. Kami ditempatkan 6 orang satu bilik (suite room) dengan 2 bilik air. Ianya selesa...syukur alhamdulillh.

Di awal kedatangan kami hotel ini lengang memandangkan kami di antara yang awal sampai. Hari ini hari ke 7 kami di sini...keadaan sudah sesak. Jemaah haji semakin ramai...sabar dan redha melalui situasi ini...lebih-lebih lagi lif yang selalu jammed. ..namun ianya hanya ujian kecil yang kami lalui dengan penuh kesabaran.

Syukur. ..makanan yang disediakan sedap dan enak...2 x sehari makan tengahari dan makan malam...sementara sarapan pagi kami beli sendiri.. (entri tentang sarapan pagi di bumi Madinah  akan menyusul nanti....)

Namun hanya tinggal 2 hari saja lagi kami di sini...bumi Madinah yank aman, tenang dan penuh barakah pasti akan kami rindui...

Bersambung. ..

3 comments:

  1. Tahniah kak..semoga Allah mudahkan urusan akak di sana, gunakan peluang keemasan ini sebaiknya uk beribadah..

    BalasPadam
  2. Semoga urusan ibadah akak disana dipermudahkan Allah. Semoga mendapat haji yang mabrur, Insha Allah

    BalasPadam
  3. tahniah kak..dapat ke sana...http://kenangansilam-ita.blogspot.com

    BalasPadam