Isnin, 30 September 2013

***Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.

3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.

4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.

5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.

Sumber : tajdid-dakwah.blogspot. com

8:32 PTG akumann2803

Jabal bermaksud sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.

Untuk menuju puncak tempat ini, bisa ditempuh sekitar 15 minit dari dasar bukit. Bukit batu ini berada pada ketinggian enam puluh lima meter yang puncaknya menegak. Di bukit ini terdapat sebuah monumen yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar 1,8 meter dan tingginya 8 meter.

Di puncak bukit batu ini dibangun tugu guna mengenang peristiwa penting iaitu pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah turun dari syurga dan dipisahkan Allah sekitar 200 tahun. Peristiwa pertemuan kedua nenek moyang manusia itu diabadikan setiap tahun,
ketika jamaah Haji atau Umrah melakukan ziarah.

Jabal Rahmah juga diyakini sebagai tempat mustajab dan makbul bagi orang yang memanjatkan doa kerana merupakan sebahagian dari Padang Arafah. Banyak jamaah Haji dan Umrah yang mendoakan anaknya atau sahabat yang meminta agar cepat mendapatkan jodoh. Bagi orang yang sudah memiliki pasangan hidup berharap dapat mengarungi rumah tangga hingga ajal memisahkan mereka seperti kisah Nabi Adam dan Hawa.

Sumber : asalasah.blogspot. com

6:18 PTG akumann2803

Jabal Thur, disinilah Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish. Peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.

Dalam kisah Hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah. Rasulullah telah diperitahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar pula menyusul kemudian.

Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah meinggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Saidina Ali Bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur diatas katil baginda.

Nabi Muhammad juga telah membaca Surah Yaasin sebelum meninggalkan rumah, dalam pada itu para pemuda dan pemuka Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah. Tujuan mereka semua mengawal di perkarangan rumah Nabi adalah untuk memastikan mereka dapat membunuh Nabi apabila Nabi keluar menunaikan Solat Subuh.

Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuda Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kala jengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua.

Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah kepada Nabi.

Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur.

Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur.

Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu.

Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.

Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha sungguh-sungguh mencari mereka berdua. Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke segenap penjuru.

Ketika itu pemuka Quraisy telah bergerak menuju ke gua tempat sembunyi. Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah gua. Pemuka Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu kearah cicak, dan langsung cicak itu mati.

Pemuda Quraisy tetap datang menaiki gua itu, tetapi kemudian ada yang turun kembali. Pemuka berbicara antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”

Demikanlah kuasa Allah yang maha esa menyelamatkan hambaNya sekelip mata sahaja, jika pemuka-pemuka itu antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”

Demikanlah kuasa Allah yang maha esa menyelamatkan hambaNya sekelip mata sahaja, jika pemuka-pemuka itu ada yang menjengok ke dalam gua pasti akan melihat mereka berdua didalam. Tetapi orang-orang Quraisy itu makin yakin bahawa dalam gua itu tak ada manusia tatkala dilihatnya ada cabang pohon yang terkulai di mulut gua. Tak ada jalan orang akan dapat masuk ke dalamnya tanpa menghalau dahan-dahan itu. Sesungguhnya Allah telah membuat sesuatu itu dengan sekelip mata tanpa ada yang menduga. Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tinggal dalam gua itu selama tiga hari tiga malam.

5:56 PTG akumann2803

Hotel ini terletak 1km dari Masjidilharam. Ia mampu menempatkan 5 ribu jemaah haji dalam satu masa.

Terletak di Syari ' Al Hijrah ber hadapan dengan Pejabat Pos/ Maktabul Barid di daerah Misfalah Saudi Arabia.

Pada awal kedatangan kami di sini hotel ini agak lengang memandangkan kami di antara jemaah haji yang awal sampai.

Keadaan sekarang sudah berbeza. Lif, meja makan (jika bercadang ingin makan bersama pasangan), musalla (jika tidak ke Masjidilharam), cafe (Sering kehabisan makanan kegemaran), malah van dan teksi pun sudah mula menaikkan tambang. ..semuanya sudah tidak seperti dulu..

Situasi itu menuntut kesabaran. ..ianya kami anggap ujian kecil sebagai dhuyufurrahman...kami lalui dengan penuh kesyukuran.

Hotel Land Premium @ Funduq Al Ardh Al Mutamaiyizah kami pasti akan Merinduimu kelak jika kami telah pulang ke tanah air tercinta

5:01 PTG akumann2803

Isnin, 23 September 2013

Miqat (Bahasa Arab: ميقات‎) merupakan sempadan bagi ibadah haji seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah.

Miqat dibagikan kepada 2 :

1) Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:

Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah iaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.

Bagi umrah pula, miqat zamani bermula pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

2) Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:

Bagi mereka yang duduk di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). 

Bagi umrah pupla ialah keluar dari tanah haram Makkah iaitu seelok-eloknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.

Bagi mereka yang datag dari sebelah timur seperti Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).

Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).

Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).

Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ 

Masjid Tanaiem. Kami pergi menaiki bas yang di urusan kan oleh pihak muassasah. Bertolak jam 10 malam.

Masjid di Ji'ranah . Ji'ranah merupakan salah satu tempat niat miqat umrah
Masjid di Bir Ali. Perjalanan dari Madinah singgah di Bir Ali dan meneruskan permusafiran ke bumi Makkatul Mukarramah. Bertolak jam 3.30 petang hingga jam 11.30 malam satu perjalanan yang lama
Bas yang membawa jemaah haji dari Madinah ke mekah. 

Suasana dalam bas selepas berniat di Bir Ali
Miqat di Hudaibiyah
6:36 PTG akumann2803

Sabtu, 21 September 2013

Bukit Safa dan Marwah (Bahasa Arab: الصفا Aş-Şafā ‎; المروة Al-Marwah) ialah dua bukit yang terletak di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi tempat umat Islam berulang alik tujuh kali dalam ibadah haji dan umrah.

Sa'i adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Bukit Safa dan Marwah juga disebut dalam Al-Quran.

“ " Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 158)[1]

#untuk makluman : gambar di bawah diambil ketika Kami telah selesai saie.. (untuk mengelakkan salah faham)

9:10 PG akumann2803