Isnin, 30 September 2013

Ditulis pada hari Isnin, 30 September 2013 4 comments

Hotel ini terletak 1km dari Masjidilharam. Ia mampu menempatkan 5 ribu jemaah haji dalam satu masa.

Terletak di Syari ' Al Hijrah ber hadapan dengan Pejabat Pos/ Maktabul Barid di daerah Misfalah Saudi Arabia.

Pada awal kedatangan kami di sini hotel ini agak lengang memandangkan kami di antara jemaah haji yang awal sampai.

Keadaan sekarang sudah berbeza. Lif, meja makan (jika bercadang ingin makan bersama pasangan), musalla (jika tidak ke Masjidilharam), cafe (Sering kehabisan makanan kegemaran), malah van dan teksi pun sudah mula menaikkan tambang. ..semuanya sudah tidak seperti dulu..

Situasi itu menuntut kesabaran. ..ianya kami anggap ujian kecil sebagai dhuyufurrahman...kami lalui dengan penuh kesyukuran.

Hotel Land Premium @ Funduq Al Ardh Al Mutamaiyizah kami pasti akan Merinduimu kelak jika kami telah pulang ke tanah air tercinta

4 comments:

  1. alhamdullilah dpt jejakan kaki ke sana

    BalasPadam
  2. We are friend Hj. Rina Hendiati from Indonesia say being to hajjah mabrurrooh.. Amiiin :) (Puskesmas Cibolerang - West Java Indonesia

    BalasPadam