Ahad, 17 Mac 2013

Ditulis pada hari Ahad, 17 Mac 2013 2 comments
Saya pasti anda semua mengenali Muqaddam sebagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah ini merupakan kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya. Ia juga adalah kaedah tertua yang digunakan untuk mempelajari al-Quran.


Gambar sumbangan Pakcik Google


Ini muqaddam versi baru
Gambar koleksi peribadi


Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berabad yang lalu. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan. Saya mempelajari al-Quran menggunakan kaedah ini dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari ibu saya sendiri. Bermacam-macam kenangan sewaktu mula-mula belajar muqaddam dulu.




Buku Iqra' Aiman yang pertama


Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani ini  berasal dari Indonesia .Pengasas kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.

Pada Peringkat permulaan saya mengajar anak saya menggunakan buku iqra' ini. Ketika itu usia Aiman 2 tahun. Semasa pindah ke rumah baru di Sg Besar buku ini hilang dalam simpanan.


Ini buku iqra ' yang kedua. Agak lusuh digunakan.


Ini adalah muka surat kegemaran Aiman. Dah beratus kali dia ulang...sampai tak mahu baca muka surat lain...aduh...pelbagai kaedah  saya lakukan. .di usianya 4 tahun. Saya nyatakan kebimbangan saya kepada suami tentang perkara ini...dan bercadang untuk menghantar anak saya mengaji di kelas2 mengaji sekitar Sg besar ini.. suami kurang bersetuju memandangkan usianya baru 4 tahun.

Suami lebih suka kami mengajar sendiri Aiman mengaji


Namun tahap kesabaran mengajar sendiri anak mengaji amatlah tinggi...

Saya minta juga pendapat kawan2 yang berpengalaman membesarkan dan mendidik anak...pelbagai idea dan cadangan mereka berikan dan....di antara idea yang saya gunakan ialah menukar buku iqra ' dengan muqaddam. ..

Bila saya tunjukkan pada Aiman sesuatu yang baru...dia amat teruja..lebih2 lagi di bahagian belakangnnya ada gambar...



inilah gambar yang menarik minat Aiman. Rupa2nya begitu penting visual itu bagi dia...anak cikgu Seni Visual la katakan...

 Gambar orang sedang berwudhu' dan orang sembahyang/solat...syukur...sekarang di usianya 5 tahun....saya batalkan niat untuk menghantar nya mengaji di kelas mengaji. Saya berazam untuk mengajar sendiri..

Terkini Aiman sudah boleh membaca 2, 3 perkataan sendiri. ..ya syafi...ya kafi..ya badi'al 'ajaa ibi.

Penyejuk di mata penawar di hati

Ya Allah...mudahkan semua urusan hidup kami di dunia dan akhirat. .terangkanlah hati anakku...tajamkanlah daya fikiran dan ingatannya...cenderungkanlah ia pada kebaikan jauhkanlah dia dari melakukan dosa dan kemungkaran...







Categories:

2 comments:

  1. My son pon I ajar sendiri Iqra walau pon dulu i belajar versi mukaddam but sometime pening gak ngajar Iqra ni....bersabar gak dengan kerenah anak =)

    BalasPadam
  2. Razila....mula2 sy pun guna iqra '. ..skrg dh tukr muqaddam. .

    BalasPadam