Sabtu, 13 Julai 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 13 Julai 2013 2 comments
BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.



Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.

-------------------------------------------------------------------
Ramadhan ke 4 berbuka di rumah ke2 kami di Sg Dusun. Cuaca dingin dan hujan lebat. Kami sekeluarga sampai pun dah lewat. Hampir jam 6. Nampaknya kena masak menu ringkas memandangkan masa yang dah suntuk...
Pucuk ubi kerinting.
Siapa yang pernah makan? Rasanya lebih lemak dan sedap

Inilah sayur - sayuran untuk hari ini

Kuah pecal beli dengan kawan...memang power....

Manisan mulut




Ikan Cencaru masak kicap sempoi...
Dah lama saya tak masak menu ini. ..suami saya makan bertambah! Hehe. 
Yang warna merah-merah mesti ada sebab kegemaran anak saya..


Ramadhan penuh kesyukuran.



2 comments: