Isnin, 8 Julai 2013

Ditulis pada hari Isnin, 8 Julai 2013 4 comments
Allahumma ballighna Ramadhan...

Persediaan spiritual, mental dan fizikal diperlukan bagi memasuki Bulan Al-Quran, Bulan Taqwa, Bulan Keampunan, Bulan Akhlaq, Bulan Ikhlas, Bulan Rahmat Bulan Gandaan Pahala, Bulan Ujian Dalam Mengejar Keampunan Allah dan Nabi menyebut .."Malanglah bagi mereka yang bertemu Ramadhan dan keluar darinya sedangkan tidak diampunkan"...



Persediaan menyambut Ramadhan :

1. Mengulangi pelajaran-pelajaran berkenaan puasa
2. Memeperlihatkan sesama kita kesenangan perasaan hati dan ketenangan jiwa
3. Memperbanyakkan doa, terutama doa yang kita boleh fahami.
4. Menguatkan semangat dan himmah
5. Menyediakan diri untuk menjaga dan merawat benih-benih amalan-amalan yang kita tanam di bulan Ramadhan.
6. Menghapuskan adat tradisi yang memberatkan terutama perbelanjaan harian.
7. Mengucapkan syukur atas kedatangan Ramadhan.

Amalan di bulan Ramadhan :

1. Puasa dan adab-adabnya
2. Tilawah Al-Quran
3. Solat Tarawih dan Witir
4. Sedekah dan bersifat murah hati
5. I’tikaf di masjid
6. Belajar, mencari ilmu dan membaca buku yang berfaedah
7. ‘Umrah dan ziarah
8. Mempermudahkan urusan dan tidak memayahkan
9. Jihad fi sabilillah
10. Memperbanyakkan zikir
11. Memperelokkan tugas dan menjaga kualiti kerja
12. Sabar dalam semua hal dll.

Amalan yang perlu dielakkan :

1. Segala jenis kejahatan dan dosa, kerana ia akan berganda-ganda sebagaimana amalan kebaikan dan pahala akan berganda-ganda.
2. Banyak tidur dan berehat-rehat.
3. Tidak bekerja dengan alasan penat berpuasa
4. Bercakap tidak senonoh dan celupar
5. Berpekik-pekik dan banyak bergurau.
6. Bermain dam, daun terup dan seumpamanya.
7. Melihat, mendengar, mencium, mengecapi dan merasai perkara yang boleh menimbulkan syahwat kemaluan dan perut.


Peristiwa penting dalam bulan Ramadhan

1. Pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
2. Perang 10 Ramadhan tahun 1394 hijrah (1973m) di mana tentera Mesir yang melaungkan slogan ‘Allahu Akbar’ mengalahkan tentera Israel.
3. Perang ‘Ain Jaalut pada 15 Ramadhan tahun 658 hijrah.
4. Perang Badar Kubra pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah.
5. Perang Zallaqah pada hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di mana tentera Islam yang dipimpin oleh Yusof bin Tasyfin mendapat kemenangan ke atas tentera Perancis.
6. Pembukaan Kota andalus oleh panglima Thoriq bin Ziad pada 28 Ramadhan tahun 92 hijrah.
7. Perang Tabuk pada tahun ke 9 hijrah.
8. Amalan puasa.
9. Penurunan Al-Quran.
10. Lailatul qadr.
11. Pelbagai kebajikan dilaksanakan

4 comments:

  1. selamat pagi
    singgah pagi disini
    salam ramadhan

    BalasPadam
  2. Ramadan Kareem..semoga Ramadan kali ini membawa perubahan yang lebih baik buat kita semua..

    BalasPadam