Wajahnya sekali imbas kelihatan seperti pasembur atau gado-gado...jika di teliti. .macam bukan...kerana kandungan sayurnya yang pelbagai...
Sebenarnya Kakak Ipar saya baru balik Cameron Highland. ..so memang banyak sayuran dalam peti sejuk. Sedangkan tekak teringin nak makan sesuatu macam rojak...haaa...maka jadilah rojak panca warna ni...
Bahan - bahannya ialah :
Bahan A
1 biji Bawang merah
1 biji bawang putih
1 genggam udang kering
2 biji keledek (direbus)
1 senduk besar cili kisar
#semua bahan di atas dikisar dan ditumis dengan 1 senduk minyak
1 senduk kecil sos cili
2-3 cawan air
Gula, garam dan asam secukup rasa
Cara - cara membuatnya :
1) tumis bahan yang berkisar
2) bila dah naik bau. ..masukkan sos dan air serta gula asam dan garam
3) tunggu sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat
Bahan B
3-4 cawan tepung gandum
1 biji bawang
1 senduk minyak
10 ekor ikan bilis
Air (agak2...hihi....)
Di goreng hingga rangup
Bahan C
2 biji kentang di rebus /digoreng
Timun
Sengkuang
Taugeh
Bunga kobis
Kobis
Kacang peas
Tomato ceri
....dan apa sayur pun boleh. ....
# sayuran di celur kecuali timun , sengkuang dan tomato ceri
Selamat mencuba ♡ ♡ ♡
jadi siap masak ni gan.....
BalasPadamcommend back ya.....
nlues.blogspot.com
trims.....
Tq sudi singgah
Padamsedap ni..ada lagi tak kakak..terliur sekejap
BalasPadamDah habis zila....rasa nk bt lg
Padam