Memaparkan catatan dengan label Sedap. Papar semua catatan

Sabtu, 19 April 2014

Kami sekeluarga memang suka makan sate lebih-lebih lagi sate daging. Namun sering kali sate yang dimakan tidak mencapai piawaian.

Berbeza dengan sate k- mayan ini. Dagingnya lembut dan perapan rempahnya sempurna.Dengan harga rm18 saya dapat menikmati 30 cucuk sate bersama kuah kacang. Memang berbaloi.

Saya bukan duta produk ini...cuma ingin berkongsi rasa keenakan produk muslim halalan toyyiba.
9:21 PTG akumann2803

Ahad, 9 Mac 2014

Semasa menghadiri majlis Perkahwinan adik angkat saya di PULAPOL tempohari, di antara menu yang menarik hati ialah Sengkuang Calit.

Terimbau kenangan zaman kanak-kanak. ..makan sengkuang dengan kicap. Dah modern sikit makan dengan colek Mak Bee. Sekarang ni sengkuang dah semakin glamour. Entah berapa lapisan aksesori di atasnya sebelum landing dalam mulut..wow!! Memang sedap...

4:21 PG akumann2803

Ahad, 9 Februari 2014

Hujung minggu kami seperti rutinnya di Sg Dusun. Kami pulang lebih awal kerana banyak kerja-kerja pembersihan minggu lepas yang tertangguh. Ini bermakna saya perlu membawa barang kelengkapan memasak. Jika tidak saya hanya membawa makanan yang sudah siap dimasak.

Sampai saja di kampung halaman En. Suami ini...anak saya menjerit..."ummi....anggur hijau dah berbuah..." hehehe...Sebenarnya bukan anggur hijau...sebaliknya ialah buah belimbing buluh yang tengah rancak berbuah di belakang rumah.

Entri terdahulu saya pernah masukkan tentang Cik Belimbing ni...cuma resepi yang berbeza...

Hari ini saya gabungkan Cik Belimbing ini bersama serai dan daun kunyit agar Cik Mayung sentiada berbau harum dan enak

Mereka sedang bergaya di dalam pinggan 'Corelle' almarhumah bunda mertuaku. 
Inilah Asam pedas mayung dan 'Anggur' Malaysia
1:44 PTG akumann2803

Jumaat, 31 Januari 2014

Limau purut mempunyai khasiat istimewa. Ia dapat melembut, melebat, merapi damenggunakanharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi.

Limau purut dikatakan dapat memberi kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.

Apakah khasiat Limau Purut?

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

Sumber info : http://jghi.blogspot.com/2007/09/khasiatnya-limau-purut_27.html?m=1

*********************************************

Namun...untuk kali ini saya mencuba satu kelainan atau variasi minuman dengan menggunakan buah limau purut... belum cuba belum tahu...dah cuba baru la tau rasanya...

Sedap dan menyegarkan...aroma nya yang tersendiri sangat sesuai diminum selepas makan ikan untuk menghilangkan bau hanyir pada mulut...

Selamat mencuba

AIR LIMAU PURUT

3:08 PG akumann2803

Ahad, 26 Januari 2014

Jika ada Carta "Menu Terhebat" pasti ikan gelama rabuk ini mendapat tempat ke 2 atau naib johan selepas carta teratas ikan wadi. Mana mungkin ikan wadi dapat dikalahkan. Namun kerana kesukaran mendapat ikan wadi ketika ini ikan gelama rabuk berperanan sebagai pengganti..

Apa dia ikan gelama rabuk? ??pernahkah anda mendengarnya? Pernahkah anda merasainya?

Ikan gelama rabuk ialah ikan gelama masam yang mana daging ikannya seakan-akan hancur bila di goreng. .baunya saja sudah dapat membangkitkan selera sesiapa saja yang terbau gorengannya...

Rabuk adalah bahasa banjar bermaksud lembut atau hancur.

Biasanya ia ikan gelama rabuk dimakan bersama pulut, ubi rebus atau makan bersama nasi panas-panas.. Lebih-lebih lagi jika ikan gelama rabuk digoreng bersama bawang dan cili kering.

Keenakan yang maksima...hehe..
Ikan Gelama Rabuk yang belum digorengkan bawang dan cili..baunya...sungguh harum dan menyelerakan

Inilah pasangan serasi bersama

12:28 PG akumann2803

Khamis, 16 Januari 2014

Salam manis di pagi yang indah ini. Apa agaknya sarapan anda pagi ini?? 

Pagi inI sutera ungu nak buat Cekodok Jagung. Dah jemu dengan jagung rebus dan bubur jagung.

Mari kita mula kan ....

Mula-mula hiriskan jagung nipis

Masukkan bawang, daun sup, cili merah, udang basah yang dibuang kulit, tepung gandum, air dan garam secukupnya

Gaul rata
Boleh lah di goreng

Tadaaaaa...dah siap
Sedap sangat.
Cuba laaaa...

3:32 PTG akumann2803

Ahad, 5 Januari 2014

Telur Masak Kari

 Suami  pulang dari rumah kenduri dan membawa banyak bunga telur.Ada 5 semuanya. Teringat masa zaman kanak-kanak, berebut-rebut nak makan telur rebus dengan kicap. Sedapnya masa tu....hingga menjilat jari.

Gambar ini sengaja saya ambil untuk mengimbau kenangan silam

Namun kini telur rebus dari rumah kenduri sering dipandang sepi lebih lebih lagi oleh generasi baru.

Untuk mengelakkan pembaziran saya masak telur kenduri tadi masak kari. Menu yang sering dilupakan....

Dulu popularya telur masak kari ni di makan bersama pulut kuning jika ada murid bunda yang masuk al quran (setelah khatam muqaddam) atau jika ada yang khatam al quran. Di rumah bunda ada ramai murid mengaji. Hampir 40 orang. Meriahnya masa ada jamuan pulut kuning dan kari telur.

Bila makan kari telur ni...saya terbayang kenangan mengaji bersama rakan rakan di rumah bunda. Indahnya saat itu...

Resepi? 

Bawang  merah
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Serbuk kari
Cili kisar
Kentang
Tomato
Asam jawa
Gula&garam
Minyak untuk menumis

Selamat mencuba

5:08 PG akumann2803

Ahad, 8 Disember 2013

KATAK PURU?

Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu. 

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. 

SEDAP

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru. 

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus. 

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. 

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. 

KHASIAT

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh. 

UNIK

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. 

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja. 

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut. 

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

Sumber info : www.sinarharian.com
1:41 PG akumann2803

Isnin, 2 Disember 2013

Jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja.
Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.

Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya.

Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. 

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

sumber info : : google

PERINGATAN

Apabila seseorang memakan ulam jering secara mentah dalam jumlah yang banyak, mereka akan mengalami penyakit sukar kencing yang dikenali sebagai ‘ikat kencing’ atau sesetengah tempat dipanggil ‘kapit jering’. Tanda-tanda awal bagi mereka yang menghidap penyakit ini adalah kurang buang air dan air kencing berdarah.
Pakar kesihatan menasihatkan penggemar jering agar tidak memakannya secara berlebihan bagi mengelakkan masalah yang boleh mengaktifkan simptom penyakit  buah pinggang. Doktor juga melarang mereka yang menghidap penyakit buah pinggang daripada memakan buah jering bagi mengelakkan pesakit mengalami risiko lebih kronik dan sukar dirawat.

2:12 PTG akumann2803

Khamis, 28 November 2013

Sumber info : kasihilmar.blogspot.com

Berikut ialah di antara khasiat petola :

Antibiotik semulajadi, ekspektoran dan julap. Ia juga boleh memecah kahak, mengeluarkan nanah, membuang toksik, anti radang, menyejukkan badan dan membantu mengeluarkan cecair badan serta tonik untuk jantung.

Petola kaya dengan serat dan ia boleh membantu penghadaman dan melegakan sembelit.

Tumis petola dengan udang...sedap dan manis
2:14 PTG akumann2803

Selasa, 26 November 2013

Ayat yang buat En.Suami pening. Apa yang sedap? abang cari kan tanya suami kepada saya...saya hanya tersenyum kerana saya sendiri tak tahu apa yang saya ingin kan. Memang pelikkan...

Namun En.Suami terus berusaha untuk memenuhi selera pelik saya. Macam-macam cadangan makanan mengikut kebiasaannya... pecal? Soto? Ikan keli? KFC?  Chicken Chop? Lontong? Ikan wadi? ....saya hanya geleng kepala membuat kan suami saya semakin bingung...

Ketika dalam perjalanan balik kampung (Felda Soeharto, Sg Dusun) suami ternampak orang jual jagung...bergegas cik abang memberhentikan kereta. Dari dalam kereta saya mengintai melalui side mirror. ..mak aiii...banyaknya dia beli jagung! Ada jagung mentah dan ada jagung rebus.. masukkan je kereta suami terus menghulurkan jagung rebus pada saya... "makanlah. ..mana tau ini makanan sedap yang dicari..." untuk tidak mengecewakannya, saya makan juga sikit jagung rebus tu...

Menurut suami ....kenapa jagung rebus yang dibeli...kerana jagung rebus merupakan makanan pertama yang saya minta beliau beli selepas kahwin..oh...ye ke. ..tak sangka kuat juga ingatan suami saya ni...namun untuk kali ini jagung rebus bukan "makanan yang sedap" yang di cari.

Menyedari saya kurang bernafsu makan jagung rebus...suami terus mengopek dan memarut kelapa sebaik sahaja sampai kampung... (saya tak pernah lihat suami parut kelapa sebelum ni...).agak pelik juga.. jika ikut menu tengahari kami dah setuju nak makan sayur bening, sambal belacan dan ikan goreng je... "kita buat bubur jagung ye..." saya pun tak banyak tanya akur dengan permintaan itu..

Sebaik saja siap bubur jagung ni...saya terus makan tanpa menoleh kiri dan kanan. Habis semangkuk walaupun bubur masih panas. ..melihat kan gelagat saya agak gelojoh. ..suami saya tersenyum. .. "abang rasa inilah makanan sedap yang dicari. ..syukur alhamdulillh"

Terima kasih buat En.Suami yang sabar melayan kerenah saya. Syukur alhamdulillh atas kurniaanMu ya Allah. 
3:19 PG akumann2803

Isnin, 25 November 2013

Musim cendawan datang lagi......menu-menu kebisaannya ialah sup cendawan, tumis  dengan pelbagai sayuran lain dan cendawan goreng. Bila dah berulang maknanya dah habis idea.

Entri kali ini saya cipta satu resepi baru

BIHUN GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHANNYA IALAH :

1/2 bungkus bihun
8-10 kuntum cendawan
2 Biji Bawang merah*
1 biji bawang putih *
* di mayang halus
4 ekor ikan bilis dikisar halus/ditumbuk
Sawi, daun sup dan cili merah (jika suka)
Sos cili dan kicap secukupnya

CARA MEMBUATNYA IALAH :

1) Rendam bihun (macam biasalaaa...)
2) Tumiskan bahan bertanda * bersama serbuk ikan bilis dan cendawan
3) masukkan kicap , sos dan sawi
4) masukkan bihun bersama 1/2 cawan air
5) tunggu hingga bihun masak
6) daun sup, cili merah,  telur dadar, bawang goreng ditabur atas bihun yabg sudah di hidang mengikut kesukaan anda

Selamat mencuba

Tadaaaaa ini lah dia bihun goreng cendawan. ...

3:19 PTG akumann2803

Ahad, 24 November 2013

Salam buat pembaca blog suteraungu87 ini. Dah lama sangat saya tiada entri berkaitan resepi.. malah  entri baru pun jarang-jarang muncul kebelakangan ini...walaupun musim cuti sekolah sudah bermula namun "mood" itu penting dalam menerbitkan satu entri di dalam blog. Entah mimipi apa malam tadi...hari ini "mood" saya sangat positive untuk menerbitkan entri baru

KACANG KUDA KARI

Bahan-bahannya ialah :

1/2 kg kacang kuda direndam 6-8 jam dan direbus hingga empuk

3 biji Bawang merah*

1 biji bawang putih*

Setengah inci halia*

*kesemuanya dimayang halus

1 pelepah daun kari

3 sudu serbuk kari

4 ekor ikan bilis di tumbuk/dikisar halus

2-3 sudu minyak untuk menumis

Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :

1) Tumiskan bahan bertanda * bersama serbuk ikan bilis dan serbuk kari hingga naik bau.

2) masukkan sedikit air jika terlalu kering..masukkan gula dan garam secukup rasa.

3) masukkan daun kari dan kacang kuda yang telah siap direbus tadi

Tadaaaaa....dah siap!

Selamat mencuba

5:19 PTG akumann2803

Sumber info : sicomelkakakadik.blogspot.com dan Pakcik Google

Gambar : Milik peribadi

Khasiat buah Mulberry ialah :

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

***gambar di ambil di tepi rumah bunda saya di Sg Hj Dorani (dapat petik sendiri yang best tu. ..tapi cik abg pegang tangan sebab pokok tepi longkang. ..takut i terjatuh...hihi...)***

9:14 PG akumann2803

Rabu, 21 Ogos 2013

MINI MURTABAK SAYUR

Bahan - bahannya ialah :

Pelbagai sayuran.  Kobis, lobak merah, taugeh, bawang dan cili merah dipotong kecil

2 biji telur
2 sudu serbuk kari
1/4 kiub ayam

# letakkan bahan tersebut di atas kulit popia dan bungkus

Goreng dengan minyak sedikit di atas kuali non stick

Tadaaaaa. ...Murtabak sayur dah siap

9:00 PTG akumann2803