Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2016

Assalamualaikum 🌷 
Memang susah betul SuteraUngu nak bersiaran sekarang ni. Sawang kat blog ni dah berjuntai juntai...ok...Hari ni kak ungu akan buang sikit sawang tu...bersihkan apa yang patut...

...........

Ok. Kak ungu ni hari-hari - hari pun masak..sekadar upload di instagram je sempat...itu pun dah malam malam sementara nak tidur kan anak... Hari ni ada sikit masa (sebenarnya nak tanda paper exam...tapi mood belum datang...) kak ungu nak Kongsi kan menu sarapan pagi atau minum petang yang ringkas...
 Tadaaaaa. ....

Poket Doraemon

Cara buat poket..

1. Lenyek dua keping roti
2. Tangkup kan
3. Tekap dengan bekas bulat.
(Tips: masa tekap tu goyang goyang sikit supaya melekat.
4. Goreng roti. Dia akan kembong sendiri.
5. Potong dua roti kembong tu...
6. Isi dalamnya dengan.....

Cara buat inti nya. 

Bawang
Isi ayam/udang/daging
Sayur2an 
Cili benggala
Sos tram
Tumis semua bahan

Poket dah diisi

Sedap

6:04 PTG akumann2803

Jumaat, 27 November 2015

Assalamualaikum. Salam mesra buat pembaca blog sutera ungu. Hari ni saya nak kongsikan menu ringkas yang saya dapat dari seorang kawan semasa saya di universiti dulu.

KERANG GORENG BERLADA

* 3 biji bawang putih ditumis
* satu senduk cili kisar
* satu senduk bawang kisar
*2 batang serai
*1 keping asam keping
*gula dan garam secukup rasa.
* satu cawan air

Tumis semua bahan...
masukkan kerang
masukkan air
tutup kuali dengan tutup periuk
jika kulit kerang dah ternganga... tandanya kerang dah masak. 
SELAMAT MENCUBA

1:04 PTG akumann2803

Assalamualaikum dan salam mesra buat pembaca blog sutera ungu. 
Jika melihat dari bentuknya, ramai yang takut untuk memakannya. Namun jika sesiapa yang pernah merasai kemanisan dagingnya pasti akan teringat-ingat dan terkenang-kenang.

Saya mula 'jatuh hati' pada udang lipan ini ketika saya belajar di Universiti Al Azhar, Iskandariah, Mesir. Lokasi penempatan kami yang berhampiran dengan pantai, memudahkan untuk dapat makanan laut yang segar dan murah.

Ok. inilah rupanya udang lipan. Rasanya sangat sedap dan manis. satu tips...jangan simpan dalam peri sejuk, kelak isinya jadi hancur.

biasanya saya masak sup je. mudah dan rasanya asli,lebih-lebih lagi jika di makan panas bersama sambal kicap, bawang goreng dan limau nipis.

inilah....sup udang lipan...

Udang lipan goreng tepung

nampak menyelerakan kan?

mula-mula buang jaket udang dengan menggunting kelilingnya  .                              

pos sekali lagi....mmmm sedapnya

10:33 PG akumann2803

Khamis, 12 November 2015

Jelly buah ini menggunakan buah mata kucing segar dan cherry untuk hiasan. 

Bahan-bahan yang lain...beli serbuk jelly konnyaku di kedai. Ikut arahan di belakang plastik sernuk jelly tu. Asalnya warnanya putih dan buah yang saya gunakan ialah buah mata kucing. Jadi...untuk nampak berseri saya letakkan sikit pewarna sirap ros...ampun kan daku wahai konnyaku.. hihi... 

1:44 PTG akumann2803

Aktiviti Pasca PT3

Sebenarnya selepas murid tingkatan 3 selesai menduduki peperiksaan PT3, setiap hari ada aktiviti yang telah dijadualkaan untuk mengisi masa mereka seperti petmainan indoor, outdoor, gotong royong, lawatan sambil belajar , demo masakan, pertandingan membuat sandwich dan banyak lagi.

Ini adalah salah satu daripada banyak aktiviti mereka. Projek membuat popia basah yang diketuai oleh sahabat saya, Cikgu Norhapizah bt Harun. Saya cuma tolong-tolong je. 

Mari kita lihat bahan-bahannya :

sayur-sayuran yang dicelur.

Kulit popia home made

Sos popia home made
sos cili,kicap pekat, udang kering dikisar, cili padi ditumbuk halus, sedikit tepung gandum, gula dan garam secukup rasa

Hehe...tukang rasa ni

Fokus...fokus...fokus

Tadaaa...taburkan kacang tanah dan bawang goreng...

zoom dekat sikit. ini belum tabur bawang goreng dan kacang tanah

Dah siap

potongan rentas...

emmm...sedapnya

amboi...terlajak sedap tu nampaknya

1:17 PTG akumann2803

Ahad, 16 November 2014

Meskipun 4 tahun tinggal di negara arab, namun saya bukanlah peminat tegar nasi arab. Semasa di Mesir dulu saya lebih gemar masak menu Malaysia. Makanan arab yang simple boleh la masuk tekak seperti Syawirma dan tokmiiyah bil bidh.

Hari ini suami saya buat permintaan. Nak makan nasi arab.Rindu masa kat Mekah katanya . Semasa di Mekah... biasanya jika kami tak balik selepas zohor kami akan makan nasi arab di Safwa Tower. Nama Restoren tu Al 'Asyoor.Beli satu set kongsi berdua. Aduh...indah sungguh saat itu..

 Set Nasi Arab ni suami beli dengan kawannya di tempat kerja.Di dalamnya ada beras..serbuk rempah kabsah dan rempah hidup. Selebihnya tinggal ikut arahan yang ada di belakang kotak.
Selepas membeli beberapa barang keperluan untuk masak nasi arab,  saya pun mula lah 'bersilat' di dapur.
Di antara barang keperluan untuk masak nasi arab. Tomato timun cili hijau daun ketumbar tomato puri bawang besar dan bawang putih
Produk Al Bayt
Nasi kabsah Ayam.
Salad Arab /syalatoh
Campur semua bahan campur dgn garam dan serbuk lada hitam. Saya letakkan sedikit gula untuk kesesuaian tekak Banjar dan Bugis kami
Taraaaa...
Nasi arab dah bergaya dalam pinggan. Cara masak nasi dan ayam panggang ada ditunjukkan di bawah nanti
Maaf. Ini tiada dalam arahan di belakang kotak. Ini permintaan anakanda Muhammad Aiman. Tekak banjar campur bugis sangat sebati dengannya. Ayam masak merah.
Kepada peminat tegar nasi arab...maafkan saya...'Sos Harrah' tu tak masuk dengan tekak kami. Ini 'Sos Merah' rekaan sendiri. Tomato puri. Cili kisar.bawang merah dan bawang putih kisar. Serbuk rempah kabsah. Gula dan garam. Minyak untuk menumis

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

NASI KABSAH AYAM
rendam beras 20 minit
Tumiskan 2biji bawang merah. rempah hidup (disediakan) 5 ulas bawang putih. 5 sudu tpmato puri. 1sudu besar rempah kabsag (disediakan). Masukkan 600ml air. Tunggu mendidih. Masukkan beras.. taburkan sedikit garam, 2 biji cili hijau tanpa dihiris. Minyak ayam panggang. Gaul perlahan agar nasi tidak patah.

AYAM PANGGANG
1 1/2 sudu besar serbuk rempak Kabsah (disediakan) 5 ulas bawang putih dikisar. 2 sudu kecil garam. 2 sudu besar tomato puri. 2 sudu besar minyak. Bahan di atas di perap bersama seekor ayam. 
9:30 PG akumann2803

Sabtu, 15 November 2014

Saya akui..sejak Kebelakangan ini jarang sangat saya menulis entri mengenai resepi. Nampak sangatlah yang saya jarang masak terutamanya hari bekerja. Pagi tadi ada permintaan dari En. Suami minta masak nasi goreng belacan. Hehehe. ...suami pun dah jemulah tu sarapan di luar.. Sebelum ini memang kami sekeluarga jarang sangat makan di luar atau beli makanan di luar.  Chef bertugas sepenuh masa. Cakap je nak makan apa...Insyallah akan dituruti. Sekarang chef dah jadi baby sitter. Jika baby tak tidur, tiada peluang lah nak masak resepi pilihan.

NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahannya :

2 mangkuk nasi putih
5 biji cili api hijau dan 1 batang lada merah
1 labu bawang besar
segengam bilis yg dah siap dikopek
belacan - sebesar ibu jari
3 biji bawang putih
2 biji telur.
Sedikit sayur kangkung (jika mahu)

Cara-caranya

* tumbuk lumat bawang besar,bawang putih,cili padi,cili merah .

* masukkan belacan dan tumbuk lagi.

* masukkan ikan bilis dan tumbuk sekejap sahaja..lebih sedap jika ditumbuk tidak begitu hancur.

* panaskan kuali,masuk sedikit minyak,goreng 2 biji telur..bila hampir masak hancur-hancurkan telur tu.angkat.

* tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi hingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan kangkung..
masukkan nasi,gaul rata..perasakan masinnya..

* masukkan telur yang telah dihancurkan tadi..gaul rata dan tutup api.
sedia dihidang.

Selamat mencuba..
P/s : tak sempat nak deko2...baby Imran dah jaga. Bye!

7:32 PTG akumann2803

Isnin, 23 Jun 2014

1) Ikan haruan di goreng dengan garam + bawang (ditumbuk halus). Tak guna kunyit sebab baby jaundis lagi.

2) Tumiskan bawang

3) letakkan kicap

4) asam jawa/ asam keping

5) gula(ganti serbuk perasa) dan garam secukup rasa

6) sup sayur

#saya makan yang berminyak dan bergoreng selepas sebulan

8:11 PTG akumann2803

Ahad, 22 Jun 2014

1) ikan haruan
(Pastikan di basuh bersih bersama asam jawa, garam dan limau Kasturi)

2) serai dan daun kunyit

3) asam keping dan garam secukup rasa

4) jika anak tiada masalah jaundis bokeh letakkan kunyit hidup dan halia

#rebus dengan api sederhana

#makan dengan sayur brokoli ( untuk banyak kan susu ibu)

#kicap

#tq suamiku

6:41 PG akumann2803

1) nasi biasa atau nasi bubur

2)sup ayam campur kentang dan lobak merah
(Lobak merah dapat menambahkan air susu ibu (

3) daun sup

4) tempe goreng tanpa kunyit

#masak tanpa halia dan lada hitam /lada putih

#kicap

#terima kasih suamiku

3:41 PG akumann2803

Sabtu, 21 Jun 2014

1) nasi lembik (bukan bubur)

2) sayur brokoli (kukus atas nasi)

3) ikan bilis from tanjung malim...bibik arini yang bikin. Rasanya sedap dan boleh jadi pelengkap rasa masakan.

#ikan bilis, bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan lada hitam.

#semua digoreng dan ditumbuk

#pasti makan dengan kicap

#hantu kicap

#tq suamiku

7:55 PTG akumann2803

1) Bubur nasi / nasi lembik

2) Ikan senangin rebus pindang
    (Masa ni belum tau anak ada kuning...so suami letak sikit kunyit)

3) Sawi rebus

#kicap juga
#terima kasih suamiku

7:44 PTG akumann2803